SAYA TELAH DITIPU OLEH KUMPULAN CELCOM |
|
|
|
Written by Administrator
|
Wednesday, 14 September 2011 22:25 |
KES 1 Selepas turun dari monorel, saya didatangi oleh sekumpulan pekerja Celcom. Mereka telah memberi saya simcard Celcom (prepaid) dan mengatakan simcard itu diberi secara percuma kepada saya, malahan didalamnya terdapat RM50 jumlah kredit, sebelum itu saya dikehendaki memberi salinan kad pengenalan. Selepas pulang ke rumah, saya cuba untuk mengaktifkan simcard tersebut. Sebelum itu, saya terlebih dahulu menelefon ke Celcom careline untuk memastikan bahawa simcard tersebut adalah postpaid atau prepaid. Operator itu memberitahu saya bahawa simcard itu adalah postpaid.
Selepas mengetahui simcard itu adalah postpaid, saya terus tidak menggunakan simcard terbabit dan saya sedar saya telah ditipu oleh kumpulan celcom terbabit. Selepas sebulan, bil telah sampai ke rumah saya berjumlah RM74.00. Saya terus menelefon celcom careline untuk penjelasan lanjut kerana saya langsung tidak menggunakan nombor tersebut, malahan selepas tinjauan dibuat pihak celcom sendiri memberitahu saya bahawa tiada langsung call-out dibuat dari nombor itu. Jadi kenapa saya perlu membayar sejumlah RM74.00 sedangkan saya langsung tidak menggunakan nombor tersebut. Setelah tidak berpuas hati dan geram, saya mengarahkan pihak celcom untuk batal nombor terbabit. Selepas sebulan,saya masih lagi menerima bil sebanyak RM40.15. Pihak Celcom juga menelefon dan menghantar SMS kepada saya supaya membayar semua bil terbabit dan jika saya enggan membayar tindakan akan diambil.
|
Read more...
|