Friday, 29 Mar 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Financial Institutions Kepentingan Resit dan Pengesahan secara Hitam putih
Kepentingan Resit dan Pengesahan secara Hitam putih PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 01 June 2011 22:07

Saya merupakan pengguna servis kredit AEON pada tahun 2007-2008. Saya telahpun membuat pembayaran penuh di kaunter AEON. Saya memilih melangsaikan pinjaman lebih awal daripada jadual pada waktu tersebut dan staf di kaunter telahpun secara lisan mengesahkan tidak ada lagi pembayaran tertunggak. Namun baru- baru ini saya memohon pinjaman perumahan dan dimaklumkan nama saya sudah disenarai hitam oleh bank negara kerana pinjaman AEON yang belum selesai.

Saya menelefon kepada AEON dan dimaklumkan saya mempunyai hutang 2 bulan tertunggak yang tidak di selesaikan hingga kini. Saya memberitahu pihak AEON mungkin terdapat kecuaian kerana saya sudah membuat pembayaran penuh namun diminta ke kaunter beserta semua resit bayaran. Saya telah pun melupuskan semua resit bayaran dan tidak mempunyai salinan langsung. Nasihat NCCC
Resit merupakan dokumen bukti bayaran telah dibuat. Sebagai  seorang pengguna mempunyai hak untuk meminta resit pembayaran.
Selain ini kita mesti meminta dokumen pengesahan secara hitam putih selepas membuat bayaran penuh. Pengesahan secara lisan tidak boleh digunakan sebagai bukti yang kukuh.

Jayasilan Kandasamy
National Consumer Complain Centre.