Tuesday, 19 Mar 2024
You are here: Home Biro Kredit
Info Pengguna - Biro Kredit PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 13 August 2009 17:02

PENGENALAN

Apabilan anda memohon pinjaman daripadada sebuah institusi kewangan, isntitusi kewangan tersebut akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas anda. Ini mungkin merangkumi semakan latar belakang yang dilakukan di pelbagai sumber. Satu daripada sumber maklumat ini ialah biro kredit yang menyimpan maklumat mengenai sejarah kredit anda.

PERANAN BIRO KREDIT

Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuriskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi sejak 1982. Biro kredit mengumpul maklumat kredit mengenai para peminjam daripada institusi-institusi kewangan dan kemudiannya menawarkan maklumat kredit yang dikutip ini balik kepada institusi-institusi kewangan. Biro Kredit adalah dilarang mengutip maklumat para pendeposit

Maklumat yang terkandung di Biro Kredit boleh membantu institusi kewangan untuk membuat keputusan pemberian pinjama berasaskan maklumat lengkap dalam masa yang lebih tepat

Apakah  JENIS MAKLUMAT TENTANG DIRI ANDA YANG DISIMPAN OLEH BIRO KREDIT?

Biro kredit meyimpan maklumat yang bersifat fakta mengenai para peminjam yang sebahagian besarnya diperolehi daripada institusi-institusi kewangan,

Seandainya anda menyimpan wang daripada institusi kewangan atau memegang kad kredit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan, maklumat mengenai diri anda dan pinjaman anda seperti berikut akan disimpan oleh Biro Kredit:

  • Butir-butir peribadi seperti nama, nombor dan alamat
  • Butir-butir terperinci tentang akaun kredit anda seperti jenis kemudahan kredit, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status tindakan undang-undang

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT PUSAT (CCRIS)?

Maklumat kredit yang dikumpulkan oleh Biro Kredit semuanya disimpan dalam sati sistem pangkalan data berkumputer yang dikenali sebagai CCRIS. CCRIS memproses dan menyusun semula maklumat kredit dalam bentuk laporan kredit yang tersedia untuk dibekalkan kepada anda atau institusi-institusi kewangan jika diminta.

JENIS-JENIS LAPORAN KREDIT

Jenis laporan-laporan kredit yang boleh diperolehi dari Biro Kredit adalah seperti berikut:

Nama Laporan

 Penerangan Kandungan Laporan

Ringkasan Laporan Kredit

Maklumat mengenai jumlah pendedahan kredit seseorang peminjam

Laporan Kredit Terperinci

Maklumat mengenai kedudukan belum jelas sesuatu kemudahan kredit dan permohonan kredit baru seseorang peminjam

Laporan Kenderaan Bermotor

Makluamt kenderaan bermotor yang digunakan sebagai cagran untuk kemudahan kredit

Laporan Maklumat Tambahan Pelanggan

Maklumat mengenai alamat-alamat, nombor-nombor telefon, nama-nama majikan dan pekerjaan-pekerjaan seseorang pelanggan untuk tempoh tiga tahun lepas

Maklumat yang terkandung di dalam laporan kredit secara keseluruhan bersifat fakta dan berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan

Biro kredit tidak akan memberi pendapat tentang maklumat yang terkandung di dalam laporan kredit

PERIHAL KERAHSIAAN MAKLUMAT

Biro kredit memandang serius aspek kerahsiaan maklumat peminjam.

Untuk menjamin kerahsiaan ini, undang-undang telah menetapkan siapa yang boleh mengakses maklumat sedemikian dan memperuntukkan hukuman yang berat sekiranya berlaku pelanggaran.

Biro Kredit hanya boleh membekalkan laporan kredit anda kepada institusi kewangan di mana permohonan pinjaman anda kepada institusi anda dibuat atau di mana anda sudah mendapat pinjaman. Maklumat ini hanya boleh digunakan bagi tujuan penilaian permohonan kredit atau menyemak semula status kredit anda. Maklumat kredit yang diperuntukkan oleh Biro Kredit kepada institusi-institusi kewangan adalah dikelaskan sebagai sulit dan dengan itu, institusi-institusi kewangan adalah dikehendaki mematuhi peruntukan kerahsiaan perbankan di bawah Akta Bank dan institusi-institusi Kewangan 1989 dan Akta Perbakan Islam 1983. Undang-undang ini melarang institusi-institusi kewangan daripada mendedahkan hal ehwal pelanggan mereka kecuali dalam keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang, seperti sepanjang prosiding mahkamah di antara pelanggan dan institusi kewangan ataupun apabila pendedahan telah dibenrkan di bawah undang-undang Persekutuan kepada pihak polis

MENDAPATKAN LAPORAN KREDIT 

Undang-undang memang membenarkan Biro Kredit membekalkan laporan kredit tentang diri anda kepada anda. Sekiranya anda memerlukan sesalinan laporan kredit tantang diri anda, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Dapatkan Borang Permohonan Laporan Kredit (CRR):
     - Borang ini boleh dipindah cetak daripada laman web Biro Kredit di alamat creditbureau.bnm.gov.my atau diambil terus daripada Biro Kredit dengan datang sendiri atau secara pos
  • Serahkan Borang CRR yang telah siap diisi kepada Biro Kredit:
     - Borang ini boleh dihantar melalui pos, faksimili ataupun serahan tangan
     - Borang ini mesti dihantar bersama-sama dengan satu salinan kad pengenalan anda atau passport (sekiranya anda bukan rakyat malaysia ) dan dua dokumen lain seperti lesen memandu, bil utiliti dan
       sebagainya untuk tujuan pengenalan diri

Apabila Borang CRR anda telah diterima, Biro Kredit akan mendapatkan laporan kredit tersebut daripada CCRIS dan menyerahkan kepada anda sama ada melalui cawangan Bank Negara Malaysia ataupun cawangan institusi kewangan. Proses ini biasanya mengambil kira-kira satu bulan dari tarikh penerimaan permohonan anda untuk mendapatkan sesalinan laporan kredit anda. Anda juga boleh datang sendiri untuk mengambil laporan kredit anda di pejabat Biro Kredit

MENGESAHKAN MAKLUMAT PADA LAPORAN KREDIT

Sekiranya anda telah memperolehi sesalinan laporan kredit sendiri dan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat di dalam laporan kredit itu adalah kurang tepat, anda boleh mendapatkan penjelasan daripada Biro Kredit dengan mengambil langkah-langkah berikut:

  • Dapatkan Borang Permohonan Penyemakan Data (RDR)
    - Borang ini boleh dipindah cetak daripada laman web Biro Kredit di alamat creditbereau.bnm.gov.my atau boleh mendapatkannya terus darpada Biro Kredit dengan datang sendiri atau secara pos
  • Lengkapkan Borang RDR dengan mengenal pasti secara jelas setiap butiran yang dipertikaikan di dalam laporan kredit. Berikan fakta dan jelaskan kenapa anda mempertikaikan maklumat tersebut
  • Serahkan Borang RDR yang siap diisi bersama-sama dengan sesalinan laporan kredit yang dipertikaikan dan salinan dokumem-dokumen yang dapat menyokong kedudukan anda kepada Biro Kredit. Ianya boleh dihantar melalui pos, faksimili ataupun serahan tangan

Biro Kredit akan menyiasat dan memaklumkan institusi kewangan yang telah memberi maklumat yang dipertikaikan itu bersama-sama dengan maklumat yang telah dikemukakan oleh anda. Sekiranya institusi kewangan mendapati maklumat yang dipertikaikan tersebut adalah tidak tepat lengkap, ia hendaklah membuat pembetulan dengan serta-merta dengan Biro Kredit. Proses penyiasatan dan pembetulan ini akan mengambil masa kira-kira sebulan. Jika perlu, Biro Kredit akan memaklumkan institusi-institusi kewangan yang pernah mengakses laporan-laporan anda dalam tempoh tiga bulan terdahulu mengenai perubahanyang nyata atau dianggap penting di dalam laporan-laporan kredit anda. Hasil siasatan tersebut akan juga dimaklumkan kepada anda

Last Updated on Thursday, 08 October 2009 11:01