Saturday, 01 Apr 2023
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Others Ubat mempunyai kesan sampingan
Ubat mempunyai kesan sampingan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 28 May 2011 04:13

Saya ingin mengadu mengenai sejenis ubat batuk tradisional berbentuk pil yang diedarkan oleh syarikat diatas . Ubat tersebut bernama PIPA DAN CAP PANDA dengan nombor kelulusan KKM MAL19973886TC. Ubat ini berkesan tetapi ia mempunyai kesan sampingan iaitu mengalami kepeningan/mengantuk/lesu yang melampau jikalau diambil mengikut sukatan yang tertera. Tiada amaran kesan sampingan ditulis di kotak tersebut. Saya sangsi terhadap bahan yang digunakan untuk menghasilkan ubat ini.

Terima Kasih.

TINDAKAN NCCC 
NCCC melanjutkan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Maklumbalas daripada pihak KKM.

“Dimaklumkan hasil semakan kami mendapati nombor pendaftaran produk bernama PIPA DAN CAP PANDA (MAL19973886TC) yang seperti dinyatakan oleh pihak tuan adalah TIDAK BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia dan menggunakan nombor palsu. Perkara ini dalam siasatan pihak Penguat Kuasa Farmasi untuk tindakan selanjutnya.

Tuan adalah dinasihati untuk berhenti menggunakan produk ini oleh kerana produk yang tidak berdaftar dengan PBKD tidak terjamin kualiti dan keselamatanya.”

DEIVIGARANI KRISHNA
PUSAT KHIDMAT ADUAN PENGGUNA NASIONAL (NCCC)