Monday, 26 Feb 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Food MINUMAN SUSU KOTAK ROSAK SEBELUM LUPUT TARIKH …
MINUMAN SUSU KOTAK ROSAK SEBELUM LUPUT TARIKH … PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 01 December 2011 02:44

Pada 30/10/2011 saya ada membeli sekotak minuman susu  kotak (1 liter). tarikh luput yang tertera pada kotak itu adalah pada 28/07/2012. akan tetapi setelah membukanya untuk diminum, saya dapati air itu seperti masam dan tidak elok untuk diminum.

baunya pun tidak menyenangkan. saya sebagai pengguna amat tidak berpuas hati pada syarikat atau pihak pengilang yang membuat minuman ini kerana air itu tidak berkualiti dan ia boleh menjejaskan kesihatan pada peminumnya. tarikh yang tertera atau dicetak pada kotak minuman ini sama sekali tidak menepati dengan kualiti atau mutu minuman tersebut.

diharap pihak anda dapat membantu bagi menyelesaikan masalah ini kerana dikhuatiri ramai yang akan terpedaya dan ini boleh menyebabkan kerugian kepada pengguna. segala kerjasama anda amatlah kami hargai. sekian terima kasih.

Tindakan NCCC : Pihak NCCC membawa kes ini ke perhatian Syarikat dan  pihak berkuasa seperti MOH (Ministry of Health) ,Pihak berkenaan bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat dan hantar susu tersebut ke makmal untuk di uji Akhirnya Pihak Respondent bersetuju untuk menukar susu / produk baru untuk pengadu.

Jayasilan Kandasamy
Complaints & Admin Assistant
National Consumer Complaints Centre