Monday, 26 Feb 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Others Tester Pencuci Muka
Tester Pencuci Muka PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 19 April 2011 22:37

Pada hari 15/02/2011 jam lebih  kurang 7.17 Petang  saya pergi ke kedai untuk nak beli Pencuci muka yang berharga RM 79.00. Saya dengan tidak sengaja menjatuhkan ‘Tester’ pencuci muka tersebut yang kuantiti hanya setengah, dan telah merosakkan penutupnya.  3 orang pekerja di sana meminta saya membayar ganti rugi dengan harga penuh, tetapi saya  menyatakan bahawa ‘Tester‘ tersebut setengah sahaja , permintaan mereka adalah tidak munasabah.  Saya memberitahu mereka bahawa ‘Tester’ tersebut di kira sebagai “STOCK”.

Dan mengapa saya perlu untuk menbayar dengan harga  penuh . Walaupun  begitu, saya tetap akan bayar ganti rugi, tetapi bukannya harga penuh. Saya telah dipaksa membuat bayaran sebanyak RM 79.00 saya telah merujuk ke NCCC.  

Tindakan NCCC:  Pihak NCCC membawa kes ini ke perhatian Shins dan pihak berkuasa. Akhirnya pihak Shins bersetuju untuk menerima pembayaran tersebut sebanyak RM 39.50 sahaja.

Nasihat : Walaupun, terdapat kecuaian dari pihak lain kami juga ingin mengambil kesempatan untuk menasihati semua pengguna mesti berhati- hati semasa mencuba barangan yang harga yang tertinggi.

Jayasilan Kandasamy
National Consumer Complaints Centre (NCCC)
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional