Thursday, 28 Mar 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Others Berwaspada Bayaran Melalui Talian.
Berwaspada Bayaran Melalui Talian. PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 12 October 2011 04:08

Saya telah difahamkan agent insuran kenderaan saya bahawa  kenderaan saya tidak dapat diperbaharui roadtax akibat ada saman yang tidak dijelaskan. Saya bekerja sebagai auditor yang tidak mempunyai masa untuk bergerak dalam waktu operasi kerajaan.

Saya mengambil keputusan untuk membayar saman PDRM melalui rilek.my yang mempunyai slogan RANGKAIAN INTERAKTIF LAMAN ELEKTRONIK KERAJAAN. Saya membayar saman saya melalui cimb klik sejumlah Rm 150.00 dan Rm 2.00 adalah caj perkhidmatan.

Setelah pembayaran saya disahkan melalui laman web rilik.com bahawa saya tiada lagi saman yang masih belum dijelaskan. Pada 11 July agent saya telah pergi untuk menyelesaikan isu roadtax tetapi gagal kerana masih ada lagi saman tertunggak.

Setelah saya semak beberapa kali, sah bahawa tiada saman tertunggak di paparkan oleh website rilek.my. Saya mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke PDRM untuk menyemak saman saya. Tetapi situasi sama berlaku di sana.

NASIHAT NCCC:
Berwaspada urusniaga secara talian , Pastikan bayaran anda telah diterima oleh syarikat atau agensi tersebut, Selain daripada itu pastikan semak penyata akaun bank setiap bulan sebagai bukti pembayaran dan failkan penyata akaun tersebut.

Jayasilan Kandasamy