Tuesday, 23 Apr 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Job Agencies Agensi Pekerjaan
Agensi Pekerjaan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 25 March 2011 04:36

Aduan Pengguna

“saya telah terbaca satu ruang iklan dari sebuah akhbar. Saya menelefon syarikat tersebut dan dijawab oleh pengurus syarikat tersebut. Setelah saya faham dengan kerja yang ditawarkan, saya pun mendaftar dengan bayaran sebanyak RM 899.00. Tidak lama selepas mendaftar, saya menerima barang berupa surat-surat yang perlu saya poskan kepada alamat-alamat yang dibekalkan oleh syarikat tersebut. Surat-surat tersebut berupa iklan perniagaan syarikat tersebut. Saya rasa syak macam sesuatu tidak kena dengan kerja yang hanya menghantar iklan syarikat tersebut. Bayaran adalah berdasarkan jumlah balasan surat yang dipos. Dari kerja tersebut saya hanya mendapat dalam RM 70.00 sahaja. Selepas itu syarikat tersebut langsung tidak menghubungi saya walaupun saya cuba menghubungi syarikat tersebut beberapa kali. Saya telah kehilangan wang sebanyak RM 899.00.”
Nasihat Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
Agensi pekerjaan adalah salah satu sumber terbaik untuk mencari peluang pekerjaan. Pengguna perlu berhati-hati apabila menggunakan khidmat agensi pekerjaan  supaya tidak mudah tertipu. Agensi tersebut akan memperdaya pengguna dan meminta bayaran yang tinggi untuk mencari kerja yang sesuai walaupun kualifikasi pendidikan mereka rendah.

Cara-Cara Menggelakkan Diri Dari Tertipu

  • jangan terburu – buru dalam membuat sesuatu keputusan
  • jangan terpedaya dengan janji-janji kosong oleh agensi
  • pilih agensi yang jujur / telah didirikan lama
  • pastikan agensi itu berdaftar / berlesen
  • berbincang dengan kawan atau ahli keluarga tentang pengalam mereka
  • pastikan menyimpan resit-resit bayaran untuk simpanan rekod
  • baca dan fahami kandungan terma dan syarat sebelum menandatangani kontrak

Terima kasih
Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)