Sunday, 05 Apr 2026
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019
Aduan Pengguna (2010 - 2019)
Kepentingan Resit dan Pengesahan secara Hitam putih PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 01 June 2011 22:07

Saya merupakan pengguna servis kredit AEON pada tahun 2007-2008. Saya telahpun membuat pembayaran penuh di kaunter AEON. Saya memilih melangsaikan pinjaman lebih awal daripada jadual pada waktu tersebut dan staf di kaunter telahpun secara lisan mengesahkan tidak ada lagi pembayaran tertunggak. Namun baru- baru ini saya memohon pinjaman perumahan dan dimaklumkan nama saya sudah disenarai hitam oleh bank negara kerana pinjaman AEON yang belum selesai.

Saya menelefon kepada AEON dan dimaklumkan saya mempunyai hutang 2 bulan tertunggak yang tidak di selesaikan hingga kini. Saya memberitahu pihak AEON mungkin terdapat kecuaian kerana saya sudah membuat pembayaran penuh namun diminta ke kaunter beserta semua resit bayaran. Saya telah pun melupuskan semua resit bayaran dan tidak mempunyai salinan langsung.

Read more...
 
HARGA BERLAINAN PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 01 June 2011 22:06

Saya dengan keluarga saya jumlah 9 orang dewasa dan 3 budak mengunjungi restoran kok samui pada 1 hb mei 2011, kira-kira pukul 7.45pm -10pm. Kami order 2 medium pot tomyam thalay (dalam menu RM 22.80 setiap medium pot) tetapi charged RM 29.80 setiap pot. Pandan chicken charged RM 36 untuk 12 ketul (dlm menu cuma RM 10.80 untuk 6 ketul), kami order 2 pot kecil charged RM 18.80 setiap pot (dlm menu RM 9.80 sj) 2 ikan kukus (RM 162.50) jumlah bill RM 409.75!!! Owner sangat sombong dan tak sopan langsung! Tiada sesiapa pun beritahu tentang perubahan harga sampai saya bayar bill dan dapati harga charge lebih mahal.

Last Updated on Wednesday, 01 June 2011 22:09
Read more...
 
Ubat mempunyai kesan sampingan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 28 May 2011 04:13

Saya ingin mengadu mengenai sejenis ubat batuk tradisional berbentuk pil yang diedarkan oleh syarikat diatas . Ubat tersebut bernama PIPA DAN CAP PANDA dengan nombor kelulusan KKM MAL19973886TC. Ubat ini berkesan tetapi ia mempunyai kesan sampingan iaitu mengalami kepeningan/mengantuk/lesu yang melampau jikalau diambil mengikut sukatan yang tertera. Tiada amaran kesan sampingan ditulis di kotak tersebut. Saya sangsi terhadap bahan yang digunakan untuk menghasilkan ubat ini.

Read more...
 
PDF Print E-mail
Written by Jayasilan Kandasamy   
Tuesday, 17 May 2011 02:16

Setiap Bulan Mikro Kiosk akan menghantar beberapa sms ke telefon bimbit saya (019-1234567) dan setiap kali sms  itu saya terima, kredit saya akan ditolak sebanyak RM 5.00 secara automatic.

Saya sudah beberapa kali membuat pembatalan (melalui SMS) dan menghubungi Makro Kiosk tetapi hanya mesin menjawab suara  sahaja melayan pangilan saya.

Read more...
 
BERWASPADA SEBELUM MENANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN GOLDEN HORSES HEALTH SANCTUARY PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 14 May 2011 04:21

Pada 22/4/11 (Jumaat), lebih kurang pukul 3.30 petang, saya mendapat satu panggilan yang memberitahu saya telah mendapat cabutan bertuah untuk bermalam di Palace of Golden Horses dan juga rawatan BMI & mata secara percuma .Saya dikehendaki tiba di Palace of Golden Horses pada pukul 6.45 malam sampai 8.00 malam.

Apabila tiba di "Palace of Golden Horses", saya diperkenalkan dengan mesin canggih mereka yang dapat mengesan "kanser" dengan cepat. Menurut, penasihat tersebut saya dikehendaki membayar jumlah sebanyak RM13,000.00 dan bayaran maintenance sebanyak RM578.00 setiap tahun selama 19 tahun untuk mendapat rawatan tersebut. Saya juga diberitahu untuk membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,000.00 dan baki bayaran RM11,000.00 secara ansuran selama 4 tahun.

Saya menandatangani perjanjian untuk menjadi ahli pihak “Golden Horses Health Sanctuary" dan selesai lebih kurang pukul 11.30 malam. Ketika dalam perjalanan balik, saya terfikir ada sesuatu yang mencurigakan. Saya dikendaki membayar RM6,500.00 (50% daripada RM13,000.00 ) untuk mendapatkan rawatan tersebut.

Last Updated on Tuesday, 17 May 2011 02:17
Read more...
 
More Articles...
« StartPrev12NextEnd »

Page 1 of 2