Sunday, 23 Jun 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Vehicles / Transportations Complaints - Enjin Telah Jatuh...???
Complaints - Enjin Telah Jatuh...??? PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 23 June 2010 05:39

Kereta saya mengalami kerosakan iaitu “enjin telah jatuh” ketika saya sedang memandu dari l/raya NKVE menyusur naik ke l/raya Elit berhampiran shah alam menuju ke putrajaya. ( sila rujuk laporan polis, laporan AAM dan laporan awal oleh Proton. 

Isu yang saya nak utarakan adalah:

Kerosakan ini adalah secara teknikal dan sepatutnya tidak boleh berlaku untuk sebuah kereta yang baru berusia 20 bulan. ( oktober 2008 hingga jun 2010)


Kerosakan seperti ini boleh menyebabkan kemalangan jika sekiranya berlaku pada kelajuan sekitar 110kmj. Kereta boleh terbabas, berpusing dan mungkin di langgar dari belakang oleh kenderaan lain dan menyebabkan kematian.

Jika terjadi kemalangan maut, pihak polis akan klasifikasi sebagai kematian mengejut, manakala dari pihak pemandu pula di anggap sebagai kecuaian manusia. Tidak ada factor yg mengaitkan kejadian ini sebgi kesilapan teknikal kenderaan oleh pihak proton yang menyebabkan kemalangan.

Kesilapan teknikal ini amat serius dan melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna.

Saya juga mengalami kejutan dan merasa tidak yakin dan  selamat kepada kenderaan ini BKD 9115, satria neo berkenaan. Beberapa kes kemalangan maut yang melibatkan kenderaan proton menimbulkn kemusykilan kpd saya adakah ini disebbkan kesilapan teknikal kereta proton?

Tuntutan saya adalah seperti berikut:

Saya sudah tidak yakin kepada kereta proton dan memohon deposit dan bayaran bulanan ke atas kereta ini di pulangkan kepada saya supaya saya boleh membeli kenderaan baru yang lebih dipercayai. Jumlah tuntunan ini sebanyak lebih kurang RM 13K.

Saya juga menuntut pihak proton menjelaskan baki pinjaman kenderaan BKD 9115, lebih kurang RM 38K kepada pihak Bank Eon di jalan Kapar dan pihak proton boleh lah mengambil kenderaan ini utk kajian keselamatan dan memanggil semula semua satria neo yang telah di jual supaya diperiksa semula tahap keselamatannya.

Saya juga meminta pihak proton menjalankan siasatan rapi sebarang kemalangan yang melibatkan kereta Proton di bawah umur 5 tahun. Ini untuk memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebabkan kecuaian teknikal pihak Proton. Pembelaan terhadap pengguna proton perlu dibuat. Jgn di perjudikan nyawa pengguna.


 


Status Kes: Surat Aduan telahpun dihantar untuk perhatian dan tindakan pihak Proton dan juga pihak kementerian.

Nasihat NCCC: Kami memandang serius mengenai aduan berkenaan dengan masalah kualiti standard dan pembuatan yang tidak memberi kepuasan ataupun keselamatan kepada pengguna. Sesuatu pengeluar harus memastikan barangan buatan mereka mencapai suatu tahap kualiti yang tinggi agar dapat meningkatkan kepercayaan dan jaminan kualiti kepada pengguna. Lebih lebih lagi apabila ianya produk yang melibatkan harga yang tinggi dan kegunaaan untuk jangamasa yang bertahun lama.

Kami ingin kongsikan beberapa perlindungan undang undang yang sedia ada untuk membantu dan menyokong pengguna ketika menghadapi masalah seperti diatas.

Seksyen 16. Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan.  (AKTA JUALAN BARANG 1957)

(1) Tertakluk kepada Akta ini dan bagi mana-mana undang-undang lain semasa dikuatkuasakan, tidak ada waranti atau syarat tersirat mengenai kualiti atau kelayakan bagi apa-apa maksud tertentu bagi barang-barang yang dibekalkan di bawah suatu kontrak jualan kecuali sebagai berikut -

(a) Jika pembeli secara nyata atau tersirat memberitahu penjual maksud tertentu bagi barang-barang yang diperlukan, untuk menunjukkan bahawa pembeli bergantung kepada kepakaran atau penghakiman penjual, dan barang-barang adalah daripada perihalannya dalam penjalanan urusan penjual untuk membekalkan (sama ada dia adalah pengilang atau pengeluar atau tidak) terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang-barang hendaklah secara munasabahnya layak untuk maksud itu:

Dengan syarat, dalam kes suatu kontrak bagi penjualan suatu barang khusus di bawah hak cipta atau nama dagangan lain tidak terdapat syarat tersirat lain mengenai kelayakan bagi apa-apa maksud tertentu.

(b) Jika barang-barang dibeli melalui perihalan daripada seseorang penjual yang menjual barang-barang daripada perihalan itu (sama ada dia adalah pengilang pengilang atau pengaluar atau tidak) terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang-barang itu hendaklah daripada kualiti boleh dagang:

(2) Suatu waranti atau syarat tersirat mengenai kualiti atau kelayakan bagi suatu maksud tertentu boleh ditambah dengan penggunaan tred.

Industri kereta tempatan hendaklah memberi perhatian yang lebih serius kepada kualiti dan pengguna. Sekiranya sesebuah kereta baru yang mengalami masalah dalam tempoh yang singkat, maka ia harus melayakkan pengguna untuk mendapatkan penukaran kereta baru sebagai jaminan kualiti dan bukannya membaikinya berulang kali.

Kerajaan juga disarankan supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk membuat kajian dan mendengarkan kes-kes yang melibatkan industri automotif agar masalah pengguna mendapat pertimbangan dan keputusan yang sewajarnya dalam kes-kes sedemikian. Ini disebabkan pengguna tidak dapat membawa kepada Tribunal (melebihi jumlah bidang kuasa RM 25, 000) dan juga tidak mampu membawa kes  tersebut ke Mahkamah.

Seksyen 32 AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima

32. (1) Jika barang dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa barang itu adalah daripada kualiti boleh terima (acceptable quality).

(2) Bagi maksud subseksyen (1), barang itu adalah disifatkan daripada kualiti boleh terima

(a) jika barang itu
(i) sesuai bagi semua maksud yang baginya barang daripada jenis yang berkenaan itu lazimnya dibeka lkan;
(ii) dapat diterima dari segi rupa dan kemasan; (iii) bebas daripada kecacatan yang kecil; (iv) selamat; dan (v) tahan lama; dan

(b) seseorang pengguna yang munasabah yang tahu sepenuhnya tentang sifat dan keadaan barang itu, termasuk apa-apa kecacatan yang tersembunyi, akan menganggap barang itu sebagai dapat diterima dengan mengambil kira
(i) jenis barang; (ii) harga;
(iii) apa-apa pernyataan yang dibuat mengenai barang itu pada apa-apa pembungkus atau label pada barang itu;
(iv) apa-apa representasi yang dibuat mengenai barang itu oleh pembekal atau pengilang; dan
(v) semua hal keadaan lain yang berkaitan dengan pembekalan barang itu.

(3) Jika apa-apa kecacatan pada barang itu telah dibawa secara khusus kepada pengetahuan pengguna sebelum dia bersetuju dengan pembekalan itu,
maka barang itu tidaklah disifatkan gagal untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima hanya oleh sebab kecacatan itu.

(4) Jika barang dipamerkan untuk jualan atau sewaan, kecacatan yang dianggap telah dibawa secara khusus kepada pengetahuan pengguna bagi maksud subseksyen (3) ialah kecacatan yang didedahkan dalam suatu notis bertulis yang dipamerkan bersama barang itu.

(5) Barang tidaklah disifatkan telah gagal untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima jika
(a) barang itu telah digunakan dengan cara atau sehingga takat yang tidak selaras dengan cara atau takat kegunaan yang dijangkakan oleh seseorang pengguna munasabah akan didapati olehnya daripada barang itu; dan
(h) barang itu akan mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima jika barang itu tidak digunakan dengan cara atau sehingga takat itu.

(6) Sebutan dalam subseksyen (3) dan (4) tentang sesuatu kecacatan ialah sebutan tentang apa-apa kegagalan barang itu untuk mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima.

Last Updated on Wednesday, 23 June 2010 05:44