|
Wang Kertas Baru Mula Diguna |
|
|
|
|
SUBANG JAYA : Wang kertas siri baru, termasuk RM 20 yang diperkenalkan semula dengan ciri keselamatan lebih canggih mula digunakan mulai 16 Julai 2012. Wang kertas siri baru RM 1, RM 5, RM 10, RM 20 dan RM 100 itu berciri corak budaya, warisan serta keindahan semula jadi bagi mengetengahkan identiti Malaysia.
Mengikut kenyataan Bank Negara Malaysia, semua wang kertas baru itu direka menggunakan teknologi terkini, termasuk imej tanda baying, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel serta angka. Golongan cacat penglihatan boleh menggunakan ciri khusus khas yang direka bagi memudahkan mereka mengenalpasti dan membezakan setiap wang kertas melalui sentuhan. Bank Negara mengingatkan semua pihak berkaitan supaya mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar dapat menerima wang kertas siri baru bagi memudahkan urus niaga orang ramai.
|
|
Read more...
|
|
Koc Khusus untuk Wanita Dipenuhi Lelaki |
|
|
|
|
Sebagai pengguna pengangkutan awam, saya mengharapkan suasana selesa ketika menggunakannya apatah lagi kini pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan koc komuter khusus untuk wanita. Namun saya agak kesal sebaik melangkah masuk ke koc berkenaan, ruang yang ada dipenuhi 20 lelaki yang berdiri dan duduk tanpa menghiraukan kehadiran penumpang wanita. Pengguna KTMB
KTM Berhad sentiasa komited untuk memastikan keselesaan semua penumpang. Ini dapat dilihat daripada usaha kami yang terkini iaitu menugaskan anggota polis bantuan KTMB di dalam koc wanita. Tidak dinafikan pada hujung minggu memang lebih mencabar kerana pengguna menaiki komuter bersama pasangan dan ahli keluarga serta remaja berkumpulan dengan rakan. Bagaimanapun, usaha pemantauan tetap diberi perhatian pihak kami. Jurucakap Unit Komunikasi Korporat, KTM Berhad.
|
|
MINUMAN SUSU KOTAK ROSAK SEBELUM LUPUT TARIKH … |
|
|
|
|
Pada 30/10/2011 saya ada membeli sekotak minuman susu kotak (1 liter). tarikh luput yang tertera pada kotak itu adalah pada 28/07/2012. akan tetapi setelah membukanya untuk diminum, saya dapati air itu seperti masam dan tidak elok untuk diminum.
baunya pun tidak menyenangkan. saya sebagai pengguna amat tidak berpuas hati pada syarikat atau pihak pengilang yang membuat minuman ini kerana air itu tidak berkualiti dan ia boleh menjejaskan kesihatan pada peminumnya. tarikh yang tertera atau dicetak pada kotak minuman ini sama sekali tidak menepati dengan kualiti atau mutu minuman tersebut.
|
|
Read more...
|
|