Tuesday, 19 Mar 2024
You are here: Home Kereta Ditarik
Info Pengguna - Apa yang anda perlu buat jika kenderaan anda ditarik balik. PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 25 September 2009 15:44

Siapakah yang boleh menarik kenderaan?

Biasanya institusi perbankan akan melantik penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan bermotor, penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh institusi perbankan yang membenarkan penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan bermotor anda.

Apakah proses yang terlibat di dalam penarikan balik kenderaan?

  1. Sebelum menarik kenderaan anda, institusi perbankan perlu menghantar Notis Jadual Keempat yang merupakan notis bertulis yang menyatakan hasrat institusi perbankan untuk menarik kenderaan anda.
  2. Notis ini akan luput dalam masa 21 hari. Notis kedua akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat, untuk memberitahu anda bahawa institusi perbankan berhasrat untuk menarik kenderaan anda selepas luput notis Jadual Keempat. Anda boleh mengelakkan penarikan kenderaan anda dengan membayar jumlah tertunggak seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat sebelum tempoh 21 hari atau memulangkan kenderaan tersebut kepada institusi perbankan sebelum tarikh luput.
  3. Anda perlu menjelaskan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut.

Apakah yang akan berlaku selepas penarikan balik?

Dalam masa 21 hari selepas penarikan, institusi perbankan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Kelima yang membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada institusi perbankan. Anda boleh meminta institusi perbankan untuk memulangkan kenderaan bermotor anda dengan:

  • Menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan belanja tunai langsung (termasuk kos penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan, kos penarikan dan penghantaran balik) yang ditanggung oleh institusi perbankan; atau
  • Membayar balik jumlah baki hutang sepenuhnya dan menyelesaikan semua belanja tunai langsung (termasuk kos penarikan, penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan

Sekiranya anda atau penjamin anda tidak menyelesaikan jumlah belum jelas seperti yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas notis Jadual Kelima dihantar kepada anda, institusi perbankan berhak menjual kenderaan bermotor tersebut melalui lelongan awam atau menawarkan kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah daripada harga anggaran yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima.

Source: http://www.bankinginfo.com.my 


WHAT TO DO IF YOUR CAR IS REPOSSESSED 

Who can Repossess!

Normally a banking institution will engage a registered repossessor to repossess any motor vehicle. The reposseser must show his identity card (IC), authority card and repossession order issued by the banking institution before taking any action. Once he has repossessed the vehicle, the repossessor must immediately make a police report and bring the repossessed vehicle to the place indicated by the banking institution concerned.

How does Repossession Work?   

  1. Before your banking institution can repossess the motor vehicle hired to you, your banking institution will need to serve you with a Fourth Schedule notice which is a notice in writing of the banking institution’s intention to repossess the motor vehicle.
  2. This notice will expire in 21 days. You will receive a second notice 14 days after the Fourth Schedule is issued as a reminder that your motor vehicle will be repossessed upon expiry of the Fourth Schedule. You can avoid this by choosing to pay the outstanding arrears as stated in the Fourth Schedule before the 21-days notice expires or return the motor vehicle to the banking institution before expiry. 
  3. You will need to settle any outstanding debts less the value of the motor vehicle.

What happens after Repossession

The banking institution will issue you and every guarantor a Fifth Schedule notice within 21 days after repossession. You can ask the banking institution to return the motor vehicle to you by:  

  • Paying all outstanding arrears and out of pocket expenses incurred by the banking institution; or Paying in full, the balance due and settling all out of pocket expenses
  • You can also introduce a buyer to purchase the motor vehicle at the price indicated on the notice.  

If you or your guarantor does not settle the outstanding amount within 21 days of the issued Fifth Schedule notice, the banking institution will sell your motor vehicle by public auction or give you the option to purchase the motor vehicle at a price lower than the estimated price stated in the Fifth Schedule.  

Source: http://www.bankinginfo.com.my 

Last Updated on Thursday, 08 October 2009 11:00