KPKT nafi tawar pembiayaan peribadi |
|
|
|
Written by admin3
|
Thursday, 01 July 2021 14:48 |
Julai 1, 2021 @ 1:31pm KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menafikan ada menawarkan pembiayaan peribadi 'Lestari Pinjaman Peribadi KPKT' kepada orang awam seperti yang tular di media sosial.
KPKT dalam satu kenyataan memaklumkan, semakan dibuat pihaknya mendapati laman media sosial terbabit diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan logo kementerian itu serta logo syarikat Kredit Komuniti berlesen yang didaftar di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Akta 400).
"KPKT menafikan pembabitan dan tawaran iklan terhadap pembiayaan peribadi 'Lestari Pinjaman Peribadi KPKT' kepada orang awam.
"KPKT memandang serius terhadap mana-mana pihak atau syarikat pemberi pinjaman wang berlesen atau tidak berlesen yang menyalahgunakan logo KPKT, logo Kredit Komuniti dan lesen pemberi pinjam wang untuk tujuan penipuan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kementerian akan melakukan siasatan serta menyerahkan perkara terbabit kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Selain itu, aduan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). "Orang awam dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran pinjaman yang diiklankan.
"Sekiranya terdapat sebarang keraguan berhubung iklan yang dipaparkan, orang awam dinasihatkan untuk terus menghubungi Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKKK), KPKT ditalian 03-8891 4690/4668/4658/4708.
|
Read more...
|
|
Rosak RM8,000, tuntut sampai RM30,000 |
|
|
|
Written by admin3
|
Thursday, 01 July 2021 14:46 |
30 Jun 2021 SHAH ALAM - Sebahagian penilai atau adjuster yang terlibat dalam sindiket penipuan tuntutan insurans berperanan membuat pengiraan tidak telus terhadap kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Melalui cara menaikkan tuntutan dengan melakukan penipuan atau tuntutan palsu, pembayaran balik kerugian menjadi berlipat kali ganda yang perlu dibayar syarikat insurans.
Hanya meletak status 'total lost' atau musnah sepenuhnya pada kenderaan yang terlibat dengan kemalangan, pihak penilai sudah boleh tersenyum ceria.
Apa tidaknya, mereka boleh mendapat keuntungan besar kerana tidak perlu menukar ganti kerosakan malah bahagian kenderaan yang masih elok boleh dijual dengan mudah.
Kisah benar ini dikongsi sendiri oleh seorang ejen insurans dikenali, Kamil yang mengetahui di sebalik ketirisan tuntutan insurans kemalangan yang berlaku di negara ini.
Katanya, kelebihan yang ada pada penilai insurans kemalangan kerana golongan ini boleh membuat runding harga dan mempunyai ramai kenalan dalam kalangan pemain industri.
“Sebagai contoh, jika berlaku satu-satu kemalangan, nilai harga kerosakan yang perlu dibaiki sebanyak RM8,000 tetapi mereka boleh menaikkan nilai kerosakan sehingga RM30,000,” katanya.
|
Read more...
|
'Bukan pakej pelaburan kami' |
|
|
|
Written by admin3
|
Thursday, 20 May 2021 15:56 |
SHAH ALAM - Hijrahwealth Management Sdn Bhd menafikan satu promosi pakej pelaburan di bawah Hijrah Investment Plan yang sedang tular di media sosial.
Pengarahnya, Rohani Mohd Shahir berkata, promosi tersebut memaparkan beberapa pakej yang ditawarkan antaranya Silver, Gold dan Platinum.
"Promosi itu turut menyatakan modal pelaburan sebanyak RM300, RM1,300, RM3,000 dan pulangan yang dijanjikan adalah dalam masa 24 jam sebanyak RM9,800, RM27,000 dan RM51,000.
"Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menggunakan logo syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Syarikat kami dengan niat menarik perhatian orang ramai untuk melabur dengan menjanjikan pulangan yang tinggi dan tidak munasabah dalam tempoh hanya 24 jam," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Rohani berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
"Kami berharap orang ramai tidak terperdaya dengan tipu daya scammer ini.
"Logo-logo lain yang terdapat di iklan ini termasuk logo Bank Negara Malaysia, Bursa Kuala Lumpur, Patuh Syariah, Angkasa dan tanda Halal Jakim," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak HijrahWealth di 03-4270 5740/4740 atau talian hotline 011-5357 1263 / 011-2367 1805 untuk keterangan lanjut," katanya.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/131855/BERITA/Semasa/Bukan-pakej-pelaburan-kami |
|
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT PKP 3.0 |
|
|
|
Written by admin3
|
Wednesday, 02 June 2021 08:36 |
Berikutan arahan PKP 3.0 dan juga krisis wabak pandemik yang semakin meningkat, pejabat FOMCA dan NCCC akan ditutup buat sementara waktu berkuatkuasa 1 Jun 2021.
Segala pertanyaan boleh diajukan melalui emel kami di
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Segala isu aduan kepenggunaan, boleh disalurkan kepada pihak-pihak kementerian atau agensi-agensi yang berkaitan terutama melalui saluran aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui talian 1-800-886-800 atau untuk isu harga barang, pengguna boleh salurkan aduan ke talian nombor whatsapp KPDNHEP, 019-2794317 atau melalui Bilik Gerakan KPDNHEP negeri masing-masing seperti berikut:
Johor: 07-2272811 Negeri Sembilan: 06-601 6500 Melaka: 06-2345121 Selangor: 03-5518 1810/ 5512 5485/ 5514 4393 Kuala Lumpur: 03-4045 4680 Perak: 05-241 4611 Kedah: 04-7001745 Pulau Pinang: 04-3840245 / 246 / 247 Perlis: 04-979 5000 Kelantan: 09-741 6000 Terengganu: 09-6204700 Pahang: 09-5717777 Sarawak: 082-466 012 Sabah: 088-484368 Labuan: 087-423152

|
Last Updated on Wednesday, 02 June 2021 08:46 |
Pesara rugi lebih RM1 juta ditipu Macau scam |
|
|
|
Written by admin3
|
Tuesday, 18 May 2021 09:20 |
Mei 17, 2021 @ 11:13pm Petaling Jaya: Seorang pesara wanita kerugian lebih RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan Macau scam yang menyamar pegawai bank dengan memperdaya konon kad kreditnya digunakan untuk pembelian mata wang dalam talian, bitcoin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 60 tahun pada 2 petang 1 April lalu ketika berada di rumahnya di Petaling Jaya menerima panggilan operator daripada bank yang memaklumkan kad kredit bank didaftarkan atas namanya membuat pembelian bitcoin di satu laman sesawang sosial.
Menurutnya, mangsa menafikan perkara itu dan panggilan itu kemudian disambungkan ke bank negara.
"Seterusnya, mangsa memberikan maklumat peribadinya kepada pihak bank negara untuk membuat laporan polis bagi menafikan mengenai kad kredit yang didaftarkan atas nama mangsa.
"Pada 9.02 pagi keesokannya, mangsa menerima salinan laporan polis melalui WhatsApp dan panggilan telefon itu disambungkan kepada polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa diminta memberikan kesemua maklumat akaun banknya bagi tujuan untuk memperbaharui akaunnya daripada disalahgunakan oleh individu lain.
|
Read more...
|
|
|
|
|
Page 8 of 18 |