Wednesday, 14 Jan 2026
You are here: Home
Rosak RM8,000, tuntut sampai RM30,000 PDF Print E-mail
Thursday, 01 July 2021 14:46

Muka hadapan Sinar Harian30 Jun 2021
SHAH ALAM - Sebahagian penilai atau adjuster yang terlibat dalam sindiket penipuan tuntutan insurans berperanan membuat pengiraan tidak telus terhadap kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Melalui cara menaikkan tuntutan dengan melakukan penipuan atau tuntutan palsu, pembayaran balik kerugian menjadi berlipat kali ganda yang perlu dibayar syarikat insurans.

Hanya meletak status 'total lost' atau musnah sepenuhnya pada kenderaan yang terlibat dengan kemalangan, pihak penilai sudah boleh tersenyum ceria.

Apa tidaknya, mereka boleh mendapat keuntungan besar kerana tidak perlu menukar ganti kerosakan malah bahagian kenderaan yang masih elok boleh dijual dengan mudah.

Kisah benar ini dikongsi sendiri oleh seorang ejen insurans dikenali, Kamil yang mengetahui di sebalik ketirisan tuntutan insurans kemalangan yang berlaku di negara ini.

Katanya, kelebihan yang ada pada penilai insurans kemalangan kerana golongan ini boleh membuat runding harga dan mempunyai ramai kenalan dalam kalangan pemain industri.

“Sebagai contoh, jika berlaku satu-satu kemalangan, nilai harga kerosakan yang perlu dibaiki sebanyak RM8,000 tetapi mereka boleh menaikkan nilai kerosakan sehingga RM30,000,” katanya.

Read more...
 
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT PKP 3.0 PDF Print E-mail
Wednesday, 02 June 2021 08:36

Berikutan arahan PKP 3.0 dan juga krisis wabak pandemik yang semakin meningkat, pejabat FOMCA dan NCCC akan ditutup buat sementara waktu berkuatkuasa 1 Jun 2021.

Segala pertanyaan boleh diajukan melalui emel kami di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Segala isu aduan kepenggunaan, boleh disalurkan kepada pihak-pihak kementerian atau agensi-agensi yang berkaitan terutama melalui saluran aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui talian 1-800-886-800 atau untuk isu harga barang, pengguna boleh salurkan aduan ke talian nombor whatsapp KPDNHEP, 019-2794317 atau melalui Bilik Gerakan KPDNHEP negeri masing-masing seperti berikut:

 

Johor: 07-2272811
Negeri Sembilan: 06-601 6500
Melaka: 06-2345121
Selangor: 03-5518 1810/ 5512 5485/ 5514 4393
Kuala Lumpur: 03-4045 4680
Perak: 05-241 4611
Kedah: 04-7001745
Pulau Pinang: 04-3840245 / 246 / 247
Perlis: 04-979 5000
Kelantan: 09-741 6000
Terengganu: 09-6204700
Pahang: 09-5717777
Sarawak: 082-466 012
Sabah: 088-484368
Labuan: 087-423152

pengumuman

Last Updated on Wednesday, 02 June 2021 08:46
 
Pesara rugi lebih RM1 juta ditipu Macau scam PDF Print E-mail
Tuesday, 18 May 2021 09:20

SCAM ALERT! stock illustration. Illustration of breaking - 86702664Mei 17, 2021 @ 11:13pm
Petaling Jaya: Seorang pesara wanita kerugian lebih RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan Macau scam yang menyamar pegawai bank dengan memperdaya konon kad kreditnya digunakan untuk pembelian mata wang dalam talian, bitcoin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 60 tahun pada 2 petang 1 April lalu ketika berada di rumahnya di Petaling Jaya menerima panggilan operator daripada bank yang memaklumkan kad kredit bank didaftarkan atas namanya membuat pembelian bitcoin di satu laman sesawang sosial.

Menurutnya, mangsa menafikan perkara itu dan panggilan itu kemudian disambungkan ke bank negara.

"Seterusnya, mangsa memberikan maklumat peribadinya kepada pihak bank negara untuk membuat laporan polis bagi menafikan mengenai kad kredit yang didaftarkan atas nama mangsa.

"Pada 9.02 pagi keesokannya, mangsa menerima salinan laporan polis melalui WhatsApp dan panggilan telefon itu disambungkan kepada polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa diminta memberikan kesemua maklumat akaun banknya bagi tujuan untuk memperbaharui akaunnya daripada disalahgunakan oleh individu lain.

Read more...
 
'Bukan pakej pelaburan kami' PDF Print E-mail
Thursday, 20 May 2021 15:56

SHAH ALAM - Hijrahwealth Management Sdn Bhd menafikan satu promosi pakej pelaburan di bawah Hijrah Investment Plan yang sedang tular di media sosial.

Pengarahnya, Rohani Mohd Shahir berkata, promosi tersebut memaparkan beberapa pakej yang ditawarkan antaranya Silver, Gold dan Platinum.

"Promosi itu turut menyatakan modal pelaburan sebanyak RM300, RM1,300, RM3,000 dan pulangan yang dijanjikan adalah dalam masa 24 jam sebanyak RM9,800, RM27,000 dan RM51,000.

"Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menggunakan logo syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Syarikat kami dengan niat menarik perhatian orang ramai untuk melabur dengan menjanjikan pulangan yang tinggi dan tidak munasabah dalam tempoh hanya 24 jam," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Rohani berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Kami berharap orang ramai tidak terperdaya dengan tipu daya scammer ini.

"Logo-logo lain yang terdapat di iklan ini termasuk logo Bank Negara Malaysia, Bursa Kuala Lumpur, Patuh Syariah, Angkasa dan tanda Halal Jakim," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak HijrahWealth di 03-4270 5740/4740 atau talian hotline 011-5357 1263 / 011-2367 1805 untuk keterangan lanjut," katanya.

 

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/131855/BERITA/Semasa/Bukan-pakej-pelaburan-kami

 
Be cautious of fake Bank Negara app, warns Bukit Aman PDF Print E-mail
Tuesday, 18 May 2021 09:20

Protect Your Financial Health From Coronavirus Scams » WCCU Credit UnionMei 17, 2021 @ 12:48pm
ALOR SETAR: Kerani sebuah kedai buku di Mergong, di sini, kerugian RM255,250.99 selepas menerima mesej kononnya memenangi peraduan anjuran sebuah syarikat makanan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata wanita berusia 25 tahun itu menerima mesej melalui WhatsApp mendakwa dia memenangi peraduan sebanyak RM3,300.

Beliau berkata, mangsa kemudian diarahkan untuk memasukkan wang bagi mencukupi nilai pada cek yang disediakan oleh pihak syarikat.

"Tanpa membuat semakan, mangsa memindahkan wang sebanyak 52 kali ke lapan akaun berbeza secara deposit tunai di mesin juruwang automatik (ATM) sehingga mencecah jumlah RM255,250.99.
"Bagaimanapun mangsa mula sedar ditipu apabila suspek meminta mangsa membuat pindahan wang lagi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Elias berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 10 Mei lalu untuk memaklumkan kejadian itu.

Berikutan itu, katanya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Polis menasihatkan orang ramai jangan mudah percaya pada panggilan atau WhatsApp menyatakan memenangi apa-apa peraduan dan meminta supaya membayar kos untuk mendapatkan hadiah berkenaan.

"Selain itu anda dinasihatkan membuat semakan dengan mana-mana syarikat yang menganjurkan peraduan itu," katanya.

Read more...
 
« StartPrev12345678910NextEnd »

Page 7 of 10