Tuesday, 07 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Pelanggan Restoran dapat Ganti Rugi
Pelanggan Restoran dapat Ganti Rugi PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:58

KOSMO - 10 April 2006

KUALA LUMPUR – Jika anda tidak berpuas hati dengan hidangan di sebuah restoran yang tidak berkualiti, jangan mudah menggalah kerana ada saluran untuk membela hak pelanggan yang merasakan diri mereka teraniaya.

Ini bukti apabila sebuah restoran di Bangsar, Champ’s Restaurant telah dikenakan award oleh Tribunal Tuntutan Penguna Malaysia (TTPM) ekoran aduan seorang pelaggan bahawa penyediaan makanan di situ dibuat sambil lewa and tidak memenuhi cita rasa.

Pada 7 Februari lalu, Lai Voon Yew, 30, dan keluaganya bersinggah di situ untuk makan tengah hari setelah disyorkan oleh kenalanya yang mengatakan restoran itu terkenal dengan hidangan yang segar dan menyelerakan.

Namun, bagi Voon Yow sekeluarga, ia indah khabar dari rupa. Mereka hampa apabila menu yang diminta iaitu nasi lemak dan mi udang didakwa disediakan ala kadar.

Menurut Voon Yew, rendang dalam hidangan nasi lemak itu sejuk seperti baru dikeluarkan dari peti ais manakala ayam goreng mengandungi ketulan ais di dalamnya.

Keluarganya naik berang dengan situasi itu and minta makanan tersebut ditukar ganti tetapi staf di restoran itu enggan, sebalikayn sekadar memanaskan kedua-dua hidangan itu dalam ketuhar. Kekecewaan keluarga ini berterusan apabila keluarga ini berterusan apabila mi udang kelihatan tidak segar dan basi.

Pihak restoran seperti tidak menyanbut baik teguran keluarga Voon Yew terhadap makanan tersebut. Dia berasa pelik kerana restoran itu sentiasa menerima kunjungan ramai.

Dalam kes Lai Voon Yew melawan Champ’s Restaurant, pihak penentang yang diwakili oleh pengurusnya, Kelvin Koh, 27, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penuntut kerana beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya sentiasa menjaga imej and pretij restoran. Bagaimanapun, pembelaanya ditolak oleh kerana mahkamah beranggapan bahawa alasanyang di kemukakan meragukan.

Jesteru, TTPM melalui Presidennya, Tuan Hussein Mohamed Dewa telah mengeluarkan award mengarahkan Champ’s Restaurant membayar kembali amaun bil sebanyak RM51.29 kepada penuntut dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan.