Thursday, 25 Apr 2024
You are here: Home
Lesap RM77,000 diperdaya ejen jualan mesin penapis air PDF Print E-mail
Written by admin3   
Tuesday, 16 February 2021 15:54

Image result for scamSelasa, 16 Februari 2021 @ 3:30 PM

Ipoh: Sambutan Tahun Baru Cina kali ini menjadi detik hiba buat seorang wanita warga emas yang juga pesara kerajaan apabila wang simpanan bernilai lebih RM77,000 miliknya lesap selepas diperdaya seorang lelaki yang mendakwa sebagai ejen jualan dan selenggaraan mesin penapis air.

Naib Pengerusi MCA Ipoh Timur, Kathleen Wong Mei Yin, berkata mangsa, Ng Kam Moi, 80, didatangi suspek pada 3 Februari lalu yang ingin menjual mesin penapis air bernilai RM7,000 ketika mangsa bersendirian di rumahnya di Taman Chong Kwee, Tanjung Rambutan.

Menurutnya, mangsa membeli mesin berkenaan pada hari sama daripada lelaki itu sebelum suspek berulang kali mengunjungi rumah warga emas terbabit hampir setiap hari kononnya ingin menyelenggara kembali mesin dijualnya itu.

Katanya, bagaimanapun pada 9 Februari lalu suspek memasuki bilik tidur mangsa dan ternampak sijil simpanan tetap milik mangsa bernilai lebih RM76,000, menyebabkan suspek kemudiannya menawarkan mangsa untuk bantu menggantikan perabot serta membeli ubatan.

Kathleen Wong berkata, mangsa mendakwa suspek mahu menjadikannya sebagai ibu angkat berikutan dia mempunyai masalah penglihatan kronik selain buta sebelah mata.

Read more...
 
Awas penipuan pajak gadai: Polis PDF Print E-mail
Written by admin3   
Tuesday, 16 February 2021 14:32

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTPSelasa, 16 Februari 2021 @ 12:08 PM
Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melakukan proses pajak gadai bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 memberikan impak dari segi ekonomi dan pendapatan.

"Sebahagian daripada mereka terpaksa menggadaikan barangan berharga di (kedai) pajak gadai demi kelangsungan hidup.

"Dari sudut pandang pihak polis, situasi ini memungkinkan wujudnya aktiviti pajak gadai tidak berlesen atau penipuan pajak gadai yang mengambil kesempatan ke atas mangsa yang terdesak mendapatkan wang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata, walaupun belum ada sebarang laporan diterima berhubung perkara berkenaan setakat ini, namun keberangkalian untuk kes seumpama itu berlaku adalah tidak mustahil.

"Orang ramai perlu memastikan mereka berurusan dengan syarikat pajak gadai yang dilesenkan kerajaan dan mengambil tahu mengenai prosedur serta undang-undang berkaitan.

"Jangan sesekali berurusan melalui platform dalam talian kerana aktiviti pajak gadai perlu dijalankan secara fizikal di premis perniagaan yang didaftarkan.

Read more...
 
Warga emas hilang RM3.81 juta angkara penipuan geran bantuan tidak wujud PDF Print E-mail
Written by admin3   
Monday, 15 February 2021 14:41

Image result for scamIsnin, 15 Februari 2021 @ 1:42 PM
Johor Bahru: Seorang warga emas berputih mata apabila hilang RM3.81 juta selepas terjerat penipuan tawaran geran bantuan tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah, berkata episod malang lelaki berusia 74 tahun itu bermula selepas dia berkenalan dengan individu dikenali Freddie Khoo di Facebook pada Julai lalu.

Katanya, suspek menawarkan Geran Bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kira-kira USD 150,000 (RM 605,056.46) kepada mangsa.

"Suspek berhubung menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nombor +14697370743 dengan mangsa sebelum lelaki itu membuat bayaran pendahuluan RM12,800.

"Suspek kemudiannya menaikkan tawaran kepada USD 900,000 (RM3.63 juta) supaya mangsa dapat membuat pembayaran lebih untuk mendapatkan geran itu.

"Sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu, sebanyak 64 transaksi dibuat ke dalam 10 akaun bank tempatan berjumlah RM3.81 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Last Updated on Tuesday, 16 February 2021 16:03
Read more...
 
Guru rugi RM3,300 ditipu beli gelang emas PDF Print E-mail
Written by admin3   
Monday, 15 February 2021 14:46

Image result for scamIsnin, 15 Februari 2021 @ 2:31 PM
Kuantan: Hasrat guru wanita di Bentong untuk melaram gelang emas baharu lebur apabila dia diperdayakan seorang lelaki yang kononnya menawarkan harga promosi barang kemas berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 40 tahun melihat iklan barang kemas itu di Instagram sebuah kedai emas.

"Mangsa kemudian menghantar mesej ke dalam instagram berkenaan sebelum menerima mesej daripada lelaki yang mendakwa pekerja kedai itu.

"Hasil perbincangan dengan suspek, mangsa bersetuju untuk membeli barang kemas berkenaan dengan harga RM3,300 iaitu harga promosi diberikan lelaki itu," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Katanya, mangsa membuat pindahan wang sebanyak RM3,300 melalui mesin juruwang automatik (ATM) ke dalam satu akaun diberikan suspek.

"Selepas itu, mangsa baru menyedari yang akaun yang dipindahkan wang berkenaan adalah akaun peribadi dan bukan akaun syarikat milik kedai emas berkenaan.

"Mangsa yang menyedari dirinya ditipu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam," katanya.

Last Updated on Monday, 15 February 2021 14:46
Read more...
 
Waspada sindiket menyamar pegawai LHDN PDF Print E-mail
Written by admin3   
Thursday, 11 February 2021 12:23

Image result for scamKhamis, 11 Februari 2021 @ 10:24 AM

Kuala Lumpur: Orang ramai diminta berwaspada dengan kegiatan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memperdaya mangsa.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata, orang ramai perlu lebih peka dan sentiasa menasihatkan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling berkenaan perkara ini supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Menurutnya, mengikut maklumat yang dikumpulkan menerusi laporan di media massa, bagi tahun tempoh 1 Januari sehingga Selasa lalu, sebanyak 18 kes sindiket penyamaran sebagai pegawai LHDNM membabitkan kerugian RM636,311.

"Taktik keji dengan menakutkan mangsa menyebabkan mereka panik dan akhirnya memaksa mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran peribadi dan perbankan, malah ada yang secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan jangan mudah terpedaya serta lakukanlah pengesahan dengan LHDNM terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel mahupun mahupun surat yang meragukan dengan menghubungi talian Hasil Care Line atau talian pegawai yang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDNM berhampiran.

"Di samping itu, orang ramai juga boleh membuat semakan modus operandi sindiket penipuan ini di laman sesawang rasmi LHDNM," katanya.

Read more...
 
« StartPrev1112131415161718NextEnd »

Page 15 of 18