Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008
PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 11:12

 

Pendapat 

TIMBALAN Perdana Menteri telah menyatakan di media tempatan bahawa, “Orang ramai masih memilih menggunakan kenderaan sendiri kerana pengangkutan awam kurang memuaskan dan belum memenuhi kehendak pengguna, terutama dalam aspek sambungan dan ketepatan masa," katanya sambil menambah hanya 20 peratus warga kota menggunakan pengangkutan awam berbanding sebanyak 60 peratus di negara maju.”

Penyataan Timbalan Perdana Menteri memang mengambarkan tabiat rakyat Malaysia. Pada masa kini, rakyat Malaysia lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri berbanding pengangkutan awam. Tabiat adalah disebabkan sistem pengangkutan awam yang tidak efisyen dan kesesakan lalulintas yang teruk di bandar-bandar dan pekan-pekan.
 
Kita memerlukan satu Dasar Pengangkutan Negara yang menggariskan langkah ke hadapan. Pada masa yang sama, satu Pelan Tindakan Kebangsaan jangkamasa panjang juga patut diwujudkan. Di mana pelan ini akan mengambil kira isu bahan api, teknologi, sumber manusia, penyelenggaraan dan pertambahan populasi.
 
Kami juga menyeru Jawatankuasa Kabinet Pengangkutan Awam supaya melihat kepada sistem pengangkutan menyeluruh untuk negara. Kita juga patut melihat kepada sistem pengangkutan yang dilaksanakan di negara jiran kita, Singapura dan jepun. Malaysia boleh mewujudkan kelompok-kelompok pengangkutan yang kecil (di Bandar-bandar dan pecan-pekan) dan kemudiannya menyambungkan kepada satu jaringan kebangsaan yang cekap. Ini akan membantu kita mencapai satu sistem pengangkutan bersepadu.
 
Pengangkutan awam hanya akan menjadi pilihan semua jika terdapat capaian destinasi yang bagus, perkhidmatan dan perjalanan yang tidak terganggu. Ini merupakan impian semua pengguna pengangkutan awam. Sistem sebegini hanya boleh dicapai jika seorang pengguna dapat menggunakan satu tiket dan boleh memilih perkhidmatan dari pelbagai syarikat.
 
Pada masa yang sama, kebanyakan lebuhraya patut diklasifikasi semula. Kita sepatutnya mempunyai satu garis panduan tentang klasifikasi lebuhraya. Kebanyakan lebuhraya berfungsi sebagai jalan utama. Jalan alternatif juga patut disediakan, ini adalah hak seseorang pengguna.
 
Lebih banyak pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) mesti mengambil bahagian untuk perkembangan sistem pengangkutan bersepadu. Teknologi dalam sistem pengangkutan senantiasa berubah dan kita masih jauh daripada yang terbaik.
 
Piarapakaran Subramaniam
Pengurus
Bahagian Alam Sekitar
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA)