Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 mStar: Penggunaan lestari patut dipraktikkan oleh pengguna.
mStar: Penggunaan lestari patut dipraktikkan oleh pengguna. PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 14:11

Bahagian Alam Sekitar FOMCA ingin memberikan sedikit pendapat tentang Penggunaan Lestari yang patut dipraktikkan oleh pengguna. Melalui ini pengguna dapat menjalankan tanggungjawab mereka dalam memelihara alam sekitar.

Untuk masa depan yang hijau. Malaysia sebagai negara membangun telah berkembang pesat. Akan tetapi, sikap pengguna terhadap alam sekitar masih boleh dipersoalkan. Salah satu hak adalah, hak untuk mendapat persekitaran yang bersih dan selamat untuk hidup. Adalah kita melihat kepada hak ini secara serius? Siapa yang bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran sebegini kepada kita?

 

Sebagai pengguna kita perlu mempraktikkan penggunaan lestari (Sustainable Consumption – SC) untuk mendapatkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Apakah itu SC? SC adalah penggunaan perkhidmatan atau produk-produk yang berkaitan yang merespon kepada keperluan asas kita dan membawa kualiti hidup yang baik sambil mengurangkan penggunaan sumber asli serta bahan-bahan toksik dan juga pelepasan sisa serta bahan-bahan pencemar sepanjang kitar hayat supaya tidak memjejaskan masa depan generasi akan datang – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Produk-produk dan perkhidmatan-perkihmatan untuk pengguna sememangnya memberikan kesan kepada alam sekitar sebelum dan juga selepas kita membelinya ataupun menggunakannya. Merancang pembelian dan mengubah corak penggunaan akan membantu untuk memelihara alam sekitar. Jika kita ingin berhenti menggunakan plastik esok, salah satu masalah besar di tapak pelupusan sampah dapat di atasi. Tetapi perkara ini adalah mustahil kerana ketiadaan bahan ganti yang sedia ada dalam pasaran ataupun perubahan tabiat pengguna.

Kita perlukan satu mekanisme, Mekanisme CIG. Perkongsian antara Pengguna (C) – Industri (I) – Kerajaan (G) adalah mekanisme yang sangat penting.

Kerajaan memainkan peranannya dalam perlaksanaan undang-undang dan juga pendidikan yang berterusan, melalui perlaksanaan dan pendidikan yang efisyen kita dapat mewujudkan kesedaran dan etika di kalangan industri dan pengguna. Pihak industri pula patut komplemen dengan memastikan prosedur-prosedur dan peraturan-peraturan diikuti untuk memastikan produk-produk atau perkhidmatan-perkidmatan yang mesra alam diberikan kepada pengguna. Pengguna juga dapat manfaat daripada tindakan oleh kerajaan dan industri. Ini merupakan perkongsian bijak.

Pada masa akan datang, isu-isu alam sekitar akan menjadi cabaran yang penting untuk di tempuhi. Bagaimana kita sebagai pengguna dapat mengatasi cabaran ini?

Kita boleh melalukan yang berikut untuk menjalankan tanggungjawab kita menyelamatkan bumi ini:

Bawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli ketika membeli-belah. Beg plastik tidak mesra alam dan tidak boleh terbiodegradasi.

Apabila pergi ke sesuatu tempat atau kedai yang berdekatan tunggang basikal atau berjalan kaki. Ini merupakan amalan 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.

Tutup televisyen, stereo dan komputer apabila tidak digunakan peralatan ini menggunakan di antara 10% hingga 60% sumber tenaga. Ini boleh menyumbang kepada pemanasan global.

Sedia dan bawa bekalan daripada rumah ke tempat kerja atau sekolah. Makanan ini lebih menyihatkan dan menjimatkan jika dibanding membeli makanan di luar.

Kumpulkan kertas yang digunakan di rumah dan bawa ke pusat kitar semula. Mengitar semula produk berasaskan kayu dapat menyelamatkan berjuta-juta pokok setahun.

 Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tumbuh-tumbuhan tertentu di kebun anda, seperti pudina dan selasih yang boleh menghalau serangga perosak.

Gunakan lampu kalimantang. Lampu jenis ini menggunakan ¼ tenaga elektrik dan tahan empat kali lebih lama berbanding mentol lampu biasa.

 Sebelum membuka peti sejuk, tentukan terlebih dahulu barangan yang ingin diambil. Kerap membuka peti sejuk merugikan tenaga elektrik dan menyebabkan bil eletrik meningkat.

Elakkan daripada menggunakan bahan berasaskan stirofom. Bahan ini tidak boleh terbiodegradasi dan boleh merosakkan lapisan ozon. 

Jadilah sukarelawan projek penghijauan di kawasan anda. Adakan atau sertai program alam sekitar di tempat anda.

Kongsi maklumat dan panduan yang dipelajari tentang penggunaan lestari dengan keluarga dan rakan-rakan. 

Anda boleh mendinginkan rumah dengan cara yang mudah. Gunakan pembidai atau langsir bewarna putih bagi mengurangkan pemanasan. Penggunaan penghawa dingin boleh menyumbang kepada pemanasan global.

Beli tanaman keluaran tempatan. Ia bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga menampung kehidupan petani tempatan.

Kurangkan pembuangan sampah dunia jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan kertas atau kertas tisu serta peralatan dan cawan plastik.

Menjimatkan penggunaan air turut menjimatkan tenaga elektrik;kerana proses membekalkan air dan menyaring sisa kumbahan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

Gunakan kaedah semulajadi di kebun. Penggunaan baja kompos organik dapat menyuburkan tanah untuk bercucuk tanam.   

Mengapa SC adalah sangat penting dan mengapa kita perlu begitu prihatin kepada isu alam sekitar? Kenyataannya, kita hanya mempunyai dunia ini sahaja untuk hidup. Kita perlu perliharanya untuk generasi akan datang. Mulakan hidup yang hijau pada tahun baru ini, pengubahan tabiat adalah sukar, tetapi, ingatlah masa depan anak-anak kita. Perlindungan terbaik adalah perlindungan diri sendiri.

http://mstar.com.my.

2007-12-28 15:44:05.0

 

PIARAPAKARAN SUBRAMANIAM
Pengurus
Bahagian Alam Sekitar
FOMCA