Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Berita Harian : Serat tumbuhan selamat diguna
Berita Harian : Serat tumbuhan selamat diguna PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 14:10

PENGGUNA domestik menghasilkan dua jenis sisa pepejal, iaitu sisa organik dan sisa bahan pembungkusan barangan yang dibeli.Bahan organik mudah reput dengan senang, tetapi bahan pembungkusan yang dihasilkan plastik tidak mudah lupus dan memerlukan perhatian serius semua pihak.


Pengguna dan pihak industri masih menunggu apa akan berlaku sekiranya Akta Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam berkuat kuasa sepenuhnya.

Sektor industri sepatutnya mula mencari bahan ganti untuk pembungkusan. Ada banyak pilihan dan terpulang kepada industri untuk menyesuaikan dengan industri mereka.

Industri makanan akan menjadi sektor yang sukar ditangani kerana peraturan keselamatan makanan yang sedia ada berkaitan pembungkusan. Bagaimanapun, kita boleh mula dengan tidak menggunakan bekas styrofoam untuk membungkus makanan di restoran dan gerai makanan.

Ada bekas yang diperbuat daripada serat tumbuhan dan juga serat pokok kelapa sawit yang berasaskan kertas. Kita boleh memilihnya. Penggunaan perkakas keluli nirkarat (stainless steel) dan barang gelas juga boleh dipertimbangkan. Barang ini boleh diguna semula selepas dibersihkan.

Industri lain boleh memilih untuk menggunakan kotak dan pembungkus berasaskan kertas. Botol gelas dan pembungkus berasaskan logam juga boleh menjadi pilihan. Bahan ini boleh digunakan semula dan dikitar semula. Pelabelan akan menjadi lebih penting yang sentiasa mengingatkan pengguna untuk guna semula dan kitar semula.

Sebagai tanggungjawab, industri mesti mengambil tindakan segera. Kegagalan mereka hanya akan membebankan pengguna dengan sisa pepejal.

PIARAPAKARAN SUBRAMANIAM,
Fomca, Selangor.