Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Kosmo : Trend baru pengirim spam
Kosmo : Trend baru pengirim spam PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 12:51

24 Januari 2008

 


PENGGUNA disaran agar berhati-hati dengan trend baru yang digunakan pengirim spam.


 KEBANYAKAN orang membuat resolusi tahun baru untuk mencuba aktiviti yang baru, begitu juga dengan pengirim spam (emel yang tidak dikehendaki). Symantec Corporation baru-baru ini telah mengumumkan kemunculan trend terbaru pengiriman emel spam.

Sebanyak 419 pengirim emel spam yang secara tradisionalnya menggunakan kisah tentang diktator-diktator Afrika untuk menipu individu kini telah menukar pendekatan jenis emel mereka.

Kesemua 419 emel penipuan yang telah diperhatikan Symantec itu didakwa menawarkan ganti rugi kepada mangsa-mangsa emel berkenaan. Emel penipuan itu menyatakan bahawa setiap bayaran akan dipantau oleh pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mangsa akan dibayar ganti rugi RM330,291 setiap orang.

Ia juga menawarkan beberapa alamat URL sebagai rujukan pembayaran. Di bawah emel itu, ia menerangkan bagaimana duit berkenaan boleh didapati dan latar belakang penipuan setiap emel mungkin diperhatikan.

Selain itu, pengirim spam terus memberi fokus kepada peristiwa-peristiwa semasa. Apabila pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) mula panas, spam jenis kad hadiah pula digunakan. Penerima emel ditawarkan peluang menerima kad hadiah bernilai RM1,651 dengan bertukar pendapat tentang peluang calon, Hillary Clinton memenangi pilihan raya tahun ini.

"Rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan trend sebegini, pengirim-pengirim spam boleh melakukan taktik yang sama tetapi berlainan variasi untuk mengambil kesempatan. Pengguna dalam talian perlu lebih berwaspada dengan kehadiran emel yang meminta anda memberi butiran peribadi walaupun ia dikirimkan (forward) melalui rakan yang boleh dipercayai," kata Pengurus Besar Symantec Corporation Malaysia, CM Woon.

Taktik licik pengirim spam tidak terhenti di situ. Mereka kini melakukan serangan ke atas blog-blog China untuk kepentingan mereka. Lebih seminggu lalu, kekerapan spam berbahasa Cina yang mengarahkan penerima untuk ke blog-blog tertentu semakin meningkat. Kategori produk yang diiklankan dalam spam jenis ini juga tidak terhad iaitu meliputi barangan pendidikan hinggalah peluang bisnes.

Mempromosikan produk kepada orang awam, blog persendirian adalah satu teknik spamming yang paling efektif dari segi kos memandangkan laman-laman blog adalah percuma.

Beberapa tahun kebelakangan ini, berlakunya peningkatan kadar spam semasa musim cuti adalah suatu yang sudah dikenal pasti. Symantec mendapati paras spam global pada bulan Disember 2007 menunjukkan peningkatan mendadak iaitu 75 peratus dan meningkat kepada 83 peratus beberapa hari sebelum krismas.

Dengan ini, adalah jelas bahawa para pengirim spam akan terus mencipta teknik-teknik baru untuk mengirim emel spam. Pengguna dinasihatkan agar kekal mengamalkan amalan sekuriti terbaik demi mengurangkan ancaman.

Antaranya ialah dengan jangan melihat, membuka atau menjawab mana-mana lampiran (attachments) emel melainkan lampiran yang dipercayai dan tujuan lampiran diketahui.

Pengguna juga dinasihatkan agar menggunakan solusi keselamatan internet yang menggabungkan antivirus, firewall, pengesanan pencerobohan dan pengurusan kebolehserangan untuk pemeliharaan maksimum daripada kod-kod berniat jahat dan ancaman-ancaman lain.

Selain itu, orang ramai juga perlulah sentiasa mengambil tahu tentang virus-virus terbaru yang menyerang komputer dari semasa ke semasa.