Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Baiki kelemahan
Baiki kelemahan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 12:43

9 April 2008

CYBERJAYA: Stesen televisyen satelit berbayar, Astro, tidak dibenarkan menambah saluran hingga memperbaiki kelemahan dalam perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai.

Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah diarahkan supaya tidak meluluskan sebarang permohonan daripada Astro bagi penambahan saluran.

“Saya sendiri tidak berpuas hati dengan pakej yang dilanggani apabila terpaksa membayar saluran yang saya tidak tonton kerana ia dimasukkan dalam pakej famili.

“Pada masa ini, terdapat banyak kelemahan yang boleh Astro baiki. Saya minta SKMM tidak membenarkan lagi Astro menambah saluran hingga SKMM berpuas hati dengan usaha penambahbaikan perkhidmatan yang diberikan Astro,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke SKMM di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Pengerusi SKMM Datuk Halim Shafie.


Sebelum ini, pelanggan Astro merungut apabila terpaksa membayar caj RM50 berikutan masalah mendapatkan siaran apabila syarikat itu melaksanakan pemindahan salurannya daripada satelit Measat-1 kepada Measat-3 mulai 2 Februari lalu.

Shaziman berkata, Astro juga digesa supaya ‘berhijrah’ ke Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mulai tahun ini supaya perkhidmatannya lebih mudah dikawal selia SKMM.

“Astro kini tidak dikawal selia sebarang akta sejak pemansuhan Akta Penyiaran dan Akta Telekom pada 1998 apabila Akta Komunikasi dan Multimedia berkuat- kuasa menyebabkan terdapat beberapa pengurangan daripada aspek penguatkuasaan yang boleh dilakukan SKMM terhadap mereka,” katanya.

Source : Harian Metro, 9 April 2008