Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Kosmo : Jual coklat tamat tempoh
Kosmo : Jual coklat tamat tempoh PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 12:32

24 Januari 2008

 


AMIZAN menunjukkan produk coklat tamat tempoh yang dibeli daripada sebuah pasar raya dan resit pembeliannya dalam satu pertemuan dengan KOSMO! di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Macam-macam cara peniaga mengelak kerugian termasuk sangup menggadai kesihatan pengguna dan melanggar undang-undang.

Demikianlah yang dilakukan oleh sebuah pasar raya terkemuka di sini yang menjual produk makanan ringan terutama coklat berjenama popular yang telah tamat tempoh.

KOSMO! yang mendapat aduan daripada orang ramai mendapati tarikh tamat tempoh itu bukan sekadar sehari dua malah ada sesetengahnya melibatkan tarikh hampir dua bulan.

Sama ada terlepas pandang atau mungkin bagi menghabiskan stok, ia tetap merupakan satu bentuk penipuan kepada pengguna yang tidak meneliti tarikh tamat tempoh ketika membelinya.

Seorang mangsa, Amizan Mohamed Omar, 30, kecewa apabila mendapati satu pek coklat yang dibeli untuk anaknya pada 12 Januari lalu di pasar raya itu telah tamat tempoh sejak akhir tahun lalu.

Lebih teruk, menurutnya anaknya, Iman Safia Sobri, 6, coklat itu didapati telah disaluti warna keputih-putihan akibat kulat.

"Kemudian Iman tanya saya kenapa warna coklat ini putih?, Bila saya lihat tarikh tamat tempoh di luar bungkusan coklat ini ia sebenarnya dah tamat tempoh pada 22 November tahun lalu dan warna putih ini mungkin kulat.

"Saya sangat terkejut dan tak sangka sebuah pasar raya yang besar juga ada menjual produk yang telah tamat tempoh," jelas Amizan.

Ekoran itu, beliau yang tidak berpuas hati cuba menghubungi pengurus yang bertugas pada hari tersebut melalui nombor telefon yang terdapat pada resit pembelian.

"Sekali lagi saya kecewa apabila pengurus yang bertugas macam nak tak nak saja melayan aduan saya selain bercakap dengan nada yang tinggi," katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.

Tinjauan KOSMO! di pasar raya yang dimaksudkan turut mendapati beberapa jenama coklat lain turut dijual walaupun telah tamat tempoh.

Hampir kebanyakan produk coklat telah tamat tempoh sejak akhir tahun lalu masih dijual malah terdapat juga coklat yang telah tamat tempoh pada Oktober tahun lalu.