Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Utusan Malaysia : Kawal lebih ketat pusat rawatan kecantikan
Utusan Malaysia : Kawal lebih ketat pusat rawatan kecantikan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 12:31

 

Forum 

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang dengan kes terbaru membabitkan suri rumah seorang ahli Parlimen yang mengalami koma selepas mendapatkan rawatan pembedahan kecantikan wajah dan sedutan lemak di sebuah klinik swasta baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan dipetik sebagai berkata bahawa kementerian tidak akan menyiasat perkara ini memandangkan klinik berkenaan didaftar dan sekiranya terdapat elemen kecuaian dalam memberikan rawatan maka mangsa boleh mengambil tindakan mahkamah ke atas klinik swasta berkenaan.

CAP berpendapat bahawa Kementerian Kesihatan tidak seharusnya melepas tangan dalam menangani isu ini.

 

CAP telah menyeru agar diperketat peraturan untuk pusat kecantikan - sama ada pusat kecantikan berkenaan ditempatkan di dalam klinik ataupun sebaliknya. Bukan sahaja penduduk tempatan menghadapi risiko bahaya malah pelancong asing yang datang ke negara ini untuk mendapatkan rawatan yang hampir sama juga menghadapi risiko yang tinggi.

Tindakan meneruskan promosi 'pelancongan kesihatan' yang mengalu-alukan kedatangan pelancong asing ke negara ini untuk mendapatkan rawatan kecantikan juga perlu dipersoalkan.

Adalah penting untuk memastikan apa-apa prosedur kecantikan dan pembedahan perlu mendapatkan kelulusan serta doktor atau pakar terapi hakikatnya perlu dilatih dan mahir untuk mengendalikan tugas tersebut.

Pesakit juga perlu menamakan waris dalam situasi apabila berlaku sesuatu yang di luar jangkaan atau kematian disebabkan rawatan yang diterima oleh pesakit berkenaan.

Daripada hanya mengharapkan keluarga mangsa akan mengambil tindakan mahkamah untuk membuktikan berlakunya kecuaian semasa rawatan, Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang juga merupakan salah sebuah badan profesional di bawah Kementerian Kesihatan perlu diberikan kuasa dalam berurusan dengan kes-kes yang melibatkan kecuaian sewaktu rawatan.

Akta Kesihatan juga perlu digubal semula untuk melindungi kebajikan pesakit.

Apabila kes sedemikian difailkan di mahkamah, MMC juga boleh mengambil langkah sewajarnya dengan menyiasat punca-punca lain yang melibatkan kes tersebut, selepas mahkamah memberikan keputusannya.

Dalam hal yang melibatkan penyelesaian di luar mahkamah dalam kes yang melibatkan kecuaian sewaktu rawatan, MMC masih boleh meneruskan penyiasatan dan boleh mengambil langkah pencegahan berdasarkan hasil penyiasatan berkenaan.

- S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).