Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Kosmo : Malang terbeli coklat penuh ulat
Kosmo : Malang terbeli coklat penuh ulat PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 12:20

6 Mac 2008

 

HILANG SELERA. Niat hendak menikmati coklat bersama teman sepejabat bertukar pula menjadi kejutan apabila sajian yang disangka enak itu didapati sudah dipenuhi ulat.

Apa yang menghairankan pembeli yang hanya mahu dikenali sebagai Hana, 38, coklat jenama terkenal yang dibeli di sebuah pasar raya di ibu kota pada 4 Februari lalu itu mempunyai tarikh luput sehingga Oktober tahun ini.

Namun sebaik sahaja membuka pembalutnya, beliau terkejut kerana mendapati ia berbau hapak dan kelihatan berpuluh ulat sehingga mereka berasa loya.

"Nasib baik sebab kalau terus memakannya, dah tentu saya tertelan coklat penuh ulat," katanya.

Beliau segera memaklumkannya kepada pihak pengurusan kilang coklat itu dengan jurucakapnya sekadar berjanji menyiasat puncanya sama ada bermula dari kilang, proses penghantaran atau semasa dijual.