Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Kosmo : Siasat kimia dalam roti
Kosmo : Siasat kimia dalam roti PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 12:08

23 Mac 2008

 

 

KUALA LUMPUR - Ada pakar pemakanan mencadangkan pihak berkuasa agar membuat kajian penggunaan bahan kimia dalam roti jika mereka benar-benar mahu membela kepentingan pengguna.

Pakar Pemakanan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Abdul Manan Wan Muda berkata, kajian itu boleh dilakukan menerusi inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menurutnya, apa yang penting, penghasilan makanan khususnya roti tidak melanggar Akta Makanan 1985.

"Pengguna sering tertipu dengan pelbagai helah yang digunakan oleh peng- usaha makanan. Oleh itu pembelaan terhadap pengguna perlu lebih diperketatkan," katanya.

Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam berhubung penggunaan bahan kimia seperti sodium steraoyl dan peng- emulsi bertujuan mengelak roti cepat rosak atau berkulat dalam roti boleh me- nyebabkan seseorang itu pening kepala serta mengakibatkan kanak-kanak lebih hiperaktif.

Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendapati, lebihan kimia itu mungkin berpunca daripada kecuaian pada bahagian ramuan tanpa disedari ketika proses pengeluaran makanan.

Namun Pakar Pemakanan dan Diete- tik, International Medical University (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad yakin syarikat pembuat roti tempatan mengikut jumlah yang ditetapkan pihak berkuasa.

"Ini soal kawalan kualiti, malah jika dilanggar ada kemungkinan syarikat boleh diarah tutup," ujarnya ketika dihubu- ngi semalam.