Berita Harian : Pasaran terbuka kawal harga barang |
Written by Administrator |
Thursday, 10 September 2009 11:56 |
25 Mac 2008
PUTRAJAYA: Kerajaan mungkin membuka pasaran bagi barangan keperluan untuk menghentikan manipulasi peniaga serta menjamin bekalan dan harga yang lebih berpatutan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad. Malah, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada mesyuarat pertama Kabinet baru Rabu lalu mengarahkan jemaah menteri melakukan apa saja asalkan tindakan itu memanfaatkan rakyat. "Kita selama ini ingat pasaran Malaysia besar sedangkan pasaran domestik sebenarnya agak kecil. Adalah mudah bagi sebilangan peniaga dan pengeluar untuk mengawal pasaran. Beliau ditanya mengenai langkah yang akan diambilnya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menangani masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga barang keperluan yang dikatakan antara faktor pengundi menyokong pembangkang pada pilihan raya umum lalu. "Isu harga barangan adalah masalah besar dan untuk menanganinya kerajaan sudah menubuhkan Majlis Harga Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri. Sudah ada kesedaran sebelum pilihan raya umum lalu," katanya sambil menambah beliau bernasib baik kerana masalah kenaikan harga memuncak November lalu. Ditanya sama ada beliau akan mengkaji semula mekanisme kawalan harga barangan, Shahrir berkata ia akan dirombak 'luar dan dalam' kerana kawalan harga barangan tidak akan menjadi realistik jika kerajaan tidak mempunyai kawalan terhadap aspek bekalan. "Apabila bekalan bukan dalam kawalan anda dan anda mempunyai halangan palsu terhadap bekalan, maka harga barangan juga bukan sesuatu yang nyata. Justeru, jika anda tidak mengawal bekalan dan tidak tahu harga sebenar barangan, bagaimana anda hendak kawal harga barangan itu?" katanya.
|
NCCC NEW OFFICE
National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|