Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Harga mi lebih mahal hari ini
Harga mi lebih mahal hari ini PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 11:36

10 April 2008

KUALA LUMPUR - Bagi para penggemar mi, mereka perlu bersedia membayar lebih untuk makanan kegemaran mereka berikutan harga bahan untuk membuat mi naik di antara 20 dan 70 sen sekilogram mulai hari ini.

Presiden Persatuan Peniga-peniaga Roti, Biskut, Manisan dan Mi Malaysia, Ng Hock Leng berkata, persatuan itu telah menetapkan kadar kenaikan sebanyak itu untuk mi yang diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi atau sederhana seperti mi kuning, yee mi kecil, yee mi besar, mi wantan, kulit wantan dan kulit "dumpling".

"Ini berikutan keputusan Pengilang-pengilang Tepung Malaysia mengumumkan kenaikan harga bagi tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana pada 20 Mac lepas disebabkan kenaikan harga antarabangsa bagi biji gandum yang melambung tinggi," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Persatuan Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia bulan lalu telah menaikkan harga tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana sebanyak RM10 daripada RM62.15 bagi setiap 25 kg berkuat kuasa 20 Mac.

Selain tepung gandum, Hock Leng berkata, harga beras hancur juga naik RM22 daripada RM50 bagi setiap 50 kg manakala harga bahan-bahan lain seperti tepung jagung, tepung sago, tepung ubi dan tepung kanji gandum juga naik mengikut perkembangan semasa.

"Ini ditambah pula dengan kenaikan harga bahan lain seperti plastik, petrol dan minyak masak yang turut menyebabkan bahan-bahan mi yang diperbuat daripada beras seperti kuetiau, chu cheong fun, laksa pendek dan laksa panjang dinaikkan," katanya. - Bernama

Source : Kosmo, 10 Apri 2008