Sunday, 19 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Stok simpanan beras
Stok simpanan beras PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 11:35

 

Bekalan cukup tiga minggu sahaja

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan masalah bekalan bahan makanan di negara ini termasuk beras, kata Menterinya Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata dalam hal bekalan beras, pihaknya akan meningkatkan stok simpanan beras negara, yang kini hanya boleh menampung bekalan selama tiga minggu sahaja.

"Kerajaan bertanggungjawab menampung stok simpanan beras negara sehingga bekalan beras negara mencukupi. Kita tidak mahu rakyat berhadapan dengan masalah apabila berlakunya kekurangan bekalan beras di pasaran dunia," katanya di sini semalam.

Shahrir, yang juga anggota Parlimen Johor Bahru, berkata rakyat harus menerima hakikat bahawa harga beras di pasaran dunia telah meningkat berikutan tindakan beberapa negara pengeksport di rantau ini mengurangkan pengeluaran bahan makanan itu.

Vietnam, yang merupakan salah sebuah negara pengeksport beras utama dunia, mula mengawal eksport bahan tersebut bagi menjamin bekalan domestik mencukupi.

Penanam-penanam padi negara ini, kata Shahrir menyumbang antara 65 dan 70 peratus bekalan beras yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. -Bernama

 Source : Kosmo