Sunday, 19 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Fomca mahu pengguna tegas boikot
Fomca mahu pengguna tegas boikot PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 11:34

14 April 2008

 

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mahu pengguna bersikap tegas dengan memboikot sementara barang makanan yang mengalami kenaikan harga akibat kekurangan bekalan atau kenaikan harga peringkat global bagi meredakan keadaan.

Penasihatnya, Prof Datuk Hamdan Adnan, berkata langkah itu dapat membantu mengatasi masalah kenaikan harga pelbagai barang keperluan asas yang semakin merisaukan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah. 

“Jika harga makanan seperti mi naik hingga 70 sen, tak payah beli buat sementara waktu.

Tunggu harga barang untuk membuat mi seperti tepung gandum turun atau stabil, barulah beli. Cara ini dapat menstabilkan harga,” katanya semalam.

Beliau diminta mengulas kenaikan harga bahan membuat mi naik antara 20 hingga 70 sen sekilogram mulai semalam.

Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Roti, Biskut, Manisan dan Mi Malaysia, Ng Hock Leng, berkata persatuan itu menetapkan kadar kenaikan untuk mi yang diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi atau sederhana.

Kenaikan itu berikutan langkah Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia mengumumkan kenaikan harga tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana pada 20 Mac lalu disebabkan kenaikan harga biji gandum dunia.

Selain tepung gandum, harga beras hancur dilaporkan mengalami kenaikan sehingga RM22 daripada RM50 bagi setiap 50 kilogram, manakala harga barang lain seperti tepung jagung, tepung ubi dan kanji gandum juga naik.

Mengulas lanjut, Hamdan berkata, kerajaan perlu berusaha memastikan harga barang tidak naik sesuka hati kerana ia menjejaskan kualiti hidup rakyat.

“Memang kenaikan harga barang seperti mi tidak boleh diambil tindakan kerana ia bukan barang terkawal, tetapi kerajaan harus memastikan harga barang membuat mi tidak terus meningkat,” katanya.

<br>