Sunday, 19 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 Tipu pengguna
Tipu pengguna PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 11:32

 

Sindiket penipuan yang menjadikan karnival jualan komputer sebagai lokasi untuk mereka melambakkan komputer riba terpakai sebelum menjual peralatan itu sebagai barangan baru, jelas menipu pengguna bagi mengaut keuntungan segera.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) yang turut melakukan siasatan awal berkata, terbukti sindiket terbabit menipu pengguna kerana mereka menjual komputer riba terpakai dan mengisytiharkannya sebagai peralatan baru.

Pengarah NCCC, Darshan Singh, berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap sindiket terbabit kerana menipu pengguna.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu bertindak tegas terhadap sindiket terbabit.

“Kita sebagai pengguna mungkin terpedaya dengan jualan mega seperti ini, sindiket terbabit sentiasa mengambil kesempatan mengaut keuntungan,” katanya.

Darshan berkata, kelemahan penguatkuasaan juga menyebabkan banyak kegiatan itu tidak dapat dihapuskan.

Sementara itu jurucakap KPDNHEP ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada pengguna yang terpedaya.

Menurutnya, kes itu dirujuk ke Bahagian Tribunal Tuntutan Pengguna untuk diambil tindakan.

Katanya, syarikat pengeluar komputer yang dikaitkan dengan peralatan berkenaan juga boleh membuat permohonan mahkamah menghalang penjualan barangan mereka.

Harian Metro semalam mendedahkan kegiatan melambakkan komputer riba terpakai melalui Karnival Jualan Komputer yang dijual sebagai barangan baru.