Friday, 03 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Utusan Malaysia : Paras tongkat ali dalam produk dikawal
Utusan Malaysia : Paras tongkat ali dalam produk dikawal PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 14:34

 

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan menetapkan paras minimum kandungan tongkat ali (eurycoma longifolia) dalam semua minuman atau makanan tambahan yang ada di negara ini sebelum pertengahan tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, langkah itu perlu kerana berdasarkan analisis, pihaknya mendapati kandungan bahan itu dalam minuman atau makanan tambahan tidak membawa apa-apa kesan sebagaimana didakwa.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan langkah kerajaan untuk melindungi kepentingan dan hak pengguna di negara ini

‘‘Setakat ini, kementerian bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang mengkaji paras minimum yang boleh mengesahkan bahan minuman atau makanan tambahan itu mengandungi tongkat ali.

‘‘Bila ditetapkan, mana-mana minuman atau makanan tambahan yang tidak mencapai paras minimum itu, ia boleh didakwa sebagai penipuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Soi Lek memberitahu, kementerian itu dan FRIM memerlukan sekurang- kurangnya dua hingga tiga bulan untuk membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

‘‘Malah, pihak kami juga perlu mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

‘‘Ini kerana ada beberapa akta yang berkaitan, khususnya untuk tujuan penguatkuasaan berada di bawah kawalan kementerian berkenaan,” katanya.