Berita Harian : 3.1 juta perokok belanja RM15j sehari |
Written by Administrator |
Monday, 14 September 2009 14:31 |
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM15 juta dibelanjakan sehari oleh 3.1 juta perokok di negara ini kerana mereka membeli sekurang-kurangnya sekotak rokok pada harga purata minimum RM5. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon, berkata kadar itu mengambil kira perbelanjaan seorang perokok yang membelanjakan RM5 sehari untuk membeli sekotak rokok. “Tanpa sedar mereka sebenarnya membelanjakan wang yang banyak untuk memenuhi tabiat merokok, sedangkan duit itu boleh digunakan untuk pelbagai perkara lain lebih berfaedah kepada masyarakat.
“Tabiat merokok menjadi semakin rumit apabila kira-kira 10,000 perokok meninggal dunia pada setiap tahun kerana pelbagai penyakit kritikal kesan daripada rokok seperti sakit jantung, kanser, angin ahmar dan masalah paru-paru ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan talian Infoline Berhenti Merokok di sini, semalam. “Dari segi jantina, seramai 274,000 perokok adalah wanita. Paling menyedihkan ialah kebanyakan perokok dewasa terdiri daripada ibu bapa,” katanya.
“Sejak mula beroperasi pada Januari lalu, talian ini sudah menerima 373 pemanggil dan daripada jumlah itu, 63.8 peratus adalah Melayu, 29.2 peratus (Cina), 5.1 peratus (India) dan selebihnya kaum lain,” katanya. |
NCCC NEW OFFICE
National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|