Sunday, 19 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Utusan Malaysia : BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Utusan Malaysia : BISIK-BISIK AWANG SELAMAT PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:20

 

Rencana 

AWANG terkejut apabila Dr. Chua Soi Lek memberi contoh kes seorang doktor hospital swasta membuat pemeriksaan 15 kali ke atas seorang pesakitnya dalam sehari dengan bayaran RM3,000. Jika diagihkan waktu, secara purata pesakit terbabit diperiksa setiap 1 jam 36 minit dan setiap kali dikenakan RM200.

Andaian Awang ialah pesakit terbabit pastilah berdepan kes yang terlalu kritikal atau penyakitnya terlalu bahaya, sehingga memaksa dia terpaksa diperiksa begitu kerap.

Namun tanda tanya bermain di benak Awang apabila Dr. Chua yang Awang kenal adalah doktor perubatan sebelum aktif berpolitik, menimbulkan hal ini. Macam ada yang tak berapa kena.

Maka wajarlah MMA memantau gerak geri anak buah mereka, takut-takut etika perubatan dilanggar, semata-mata kerana mengejar untung keterlaluan. MMC juga pastinya berminat untuk melihat kes-kes yang pelik seperti itu.

Yang Awang tahu, profesion kedoktoran diikat kuat pada etika perubatan sehinggalah perkhidmatan itu tidak boleh diiklankan sewenang-wenangnya.

Ketika kerajaan berusaha keras mempromosi negara sebagai destinasi pelancongan perubatan, doktor atau hospital swasta tidaklah wajar mengambil peluang mengaut untung besar sembarangan.

Awang – Pergi klinik kerajaan.