Monday, 13 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Berita Harian : Gesa ambil amah China
Berita Harian : Gesa ambil amah China PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 12:29

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) meminta kerajaan menimbang semula keputusan tidak membenarkan pengambilan pembantu rumah dari China kerana khidmat tenaga kerja itu sebenarnya diperlukan di negara ini.

Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata banyak sebab kerajaan perlu mengkaji semula keputusannya itu terutama dari segi bilangan majikan kaum Cina berdaftar yang sudah melebihi 80 peratus.

Menurutnya, adalah tidak adil jika penolakan atas alasan kehadiran tenaga kerja domestik itu akan menyebabkan menjejaskan keharmonian rumah tangga majikan.

Katanya, pada masa ini kebanyakan pembantu rumah bekerja dengan majikan Cina daripada Indonesia dan kajian mendapati timbul banyak masalah akibat perbezaan budaya serta agama.

"Kita perlu realistik berhubung pekerja yang hendak kita ambil. Seperti juga pembantu rumah yang diambil sebelum ini, mereka adalah kalangan tenaga kerja terlatih dalam bidang ini dan bukan diambil membabi buta," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan pada 9 Oktober lalu yang tidak menyenaraikan China sebagai sumber baru bagi mendapatkan pembantu rumah.