Saturday, 11 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Berita Harian : Laporan operasi CTOS diserah ke Kabinet
Berita Harian : Laporan operasi CTOS diserah ke Kabinet PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 11:23

 

KUALA LUMPUR: Semua laporan berhubung operasi Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) yang dikumpul Jabatan Insolvensi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), selain aduan orang ramai terhadapnya akan dibincangkan Kabinet pada masa terdekat. 

"Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Marimuthu Nadason, berkata tindakan CTOS menyenaraikan semua butiran kewangan seseorang, termasuk yang remeh tanpa sebarang penjelasan terperinci menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai."

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, berkata pihaknya sudah menyerahkan laporan lengkap berhubung operasi CTOS dan aduan orang ramai mengenainya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

“Walaupun CTOS mempunyai lesen perniagaan yang didaftarkan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kegiatannya menjual maklumat kewangan peribadi orang ramai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli hak asasi orang lain.

“Operasinya juga bertentangan atau melanggar tujuh undang-undang negara, termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berhubung larangan mencetak, menjual dokumen dan penerbitan.

“Umpamanya, mengikut Seksyen 73 Akta Jenayah Komputer, CTOS boleh didakwa kerana membekal dan menjual maklumat peribadi yang kurang tepat kepada pihak ketiga. Kita masih mengkaji kesalahan lain yang dilakukan agensi berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kayveas berkata, beliau difahamkan CTOS meraih keuntungan purata RM80 juta setahun berdasarkan 2,100 cawangan bank di seluruh negara yang menjadi pelanggan tetap menggunakan perkhidmatannya.

Dari segi data pula, laman web CTOS mencatatkan 13 juta butiran berbanding hanya kira-kira dua juta butiran dalam Sistem Rujukan Maklumat Credit Berpusat (CCRIS) yang diuruskan Bank Negara.

Namun, CTOS tidak menghantar laporan kewangan kepada SSM sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan kali terakhir berbuat demikian pada 1997 dengan menyatakan memperoleh pendapatan RM1.2 juta.

Kayveas turut mengulangi pendirian kerajaan yang hanya mengiktiraf CCRIS dikawal selia Bank Negara melalui Akta Bank Negara 1958 dan semua agensi rujukan lain seperti CTOS serta Bris Information Services Sdn Bhd (BRIS) dianggap beroperasi secara haram.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata beliau sudah meminta SSM mengemukakan laporan pendaftaran perniagaan dan butiran CTOS.

“Kami akan meneliti latar belakang CTOS ini sebelum membentangkan secara terperinci kepada Kabinet dalam masa terdekat,” katanya

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Marimuthu Nadason, berkata tindakan CTOS menyenaraikan semua butiran kewangan seseorang, termasuk yang remeh tanpa sebarang penjelasan terperinci menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.