Sunday, 12 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Utusan Malaysia : PBT Selangor tak guna CTOS
Utusan Malaysia : PBT Selangor tak guna CTOS PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 11:22

 

 KUALA LUMPUR  – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor tidak menggunakan perkhidmatan Credit Tip Off Services Sdn. Bhd. (CTOS) kerana maklumat yang disediakan syarikat itu tidak terkini.

Selain itu, pihak tersebut juga mendakwa mempunyai cara lain untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan iaitu melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pegawai Khas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Khairil Azhar Ismail berkata, pihak MPAJ tidak menggunakan perkhidmatan CTOS bagi mendapatkan maklumat mengenai individu tertentu.

“Pihak MPAJ tidak pernah menggunakan khidmat CTOS. Bagi mereka yang tidak membayar saman, kompaun akan dikenakan atau tindakan mahkamah akan diambil terhadap mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, CTOS tidak seharusnya mencengkam orang ramai dengan mengemukakan maklumat tidak terkini sehingga boleh menyebabkan orang ramai disenaraihitamkan oleh institusi kewangan.

Manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk M. Kayveas pula mengarahkan semua pihak termasuk agensi kerajaan, bank dan PBT yang menggunakan khidmat CTOS supaya berhenti merujuk atau mendapatkan sebarang maklumat kewangan individu daripada syarikat itu.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Helda Syima Abu Talab, pihaknya juga tidak pernah dan tidak bercadang menggunakan perkhidmatan CTOS kerana maklumat yang disalurkan tidak dikemaskini