Sunday, 12 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Utusan Malaysia : Tindakan terhadap CTOS
Utusan Malaysia : Tindakan terhadap CTOS PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 11:21

5 Julai 2007 

FORUM 

SAYA antara sebilangan peminjam institusi perbankan di Malaysia ini. Masalah yang dihadapi oleh kami adalah disebabkan oleh sikap tidak amanah segelintir institusi perbankan yang terang-terang telah melanggar hak asasi dan juga privasi kami telah diceroboh tanpa kerelaan kami semua, lebih-lebih lagi oleh sebuah syarikat yang hanya mementingkan keuntungan sahaja.

Akibat sikap segelintir institusi perbankan ini telah menyebabkan berlakunya kegiatan Ah Long yang menjadi jalan terakhir bagi para peminjam yang ingin memulakan kehidupan baru.

Soalan yang saya ingin ajukan kepada Jabatan Peguam Negara adalah seperti berikut:

* Bolehkah kami sebagai pengguna yang telah disenaraihitamkan oleh CTOS Sdn. Bhd. mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu?

* Bolehkah kami mengambil tindakan undang-undang terhadap institusi perbankan yang telah memberi dan mengambil informasi mengenai peminjam daripada CTOS?

* Bolehkah kami mengambil tindakan undang-undang terhadap CTOS kerana menyebabkan bekas peminjam mengalami masalah untuk memulakan perniagaan atau penghidupan baru setelah mereka disenaraihitamkan?

* CTOS dengan terang telah menyebarkan maklumat pengguna institusi perbankan tanpa kerelaan peminjam terbabit kepada pihak ketiga dengan niat untuk mengambil keuntungan semata-mata. Bolehkah kami mengambil tindakan undang-undang secara berkelompok atau beramai-ramai terhadap syarikat itu?

Jika boleh bagaimana kami dapat mengambil tindakan tersebut agar di lain masa ia menjadi pengajaran kepada mana-mana individu atau syarikat.

 

– DUSUN TELOK,

Johor.