Saturday, 11 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Berita Harian :Papa syor amah diambil secara harian
Berita Harian :Papa syor amah diambil secara harian PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 11:15
Berita Harian : June 2007
 
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) mencadangkan supaya kerajaan membenarkan pengambilan pembantu rumah asing bekerja secara harian, bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja berkenaan di negara ini.

Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata masalah kekurangan tenaga kerja bagi sektor terbabit kini semakin meruncing dan tindakan penyelesaian segera perlu diambil bagi mengelak ia terus berlarutan.

Katanya, konsep pembantu rumah bekerja secara harian di rantau ini bukan baru kerana sudah dilaksanakan di beberapa negara seperti China serta Indonesia dan ia berjaya membantu menangani masalah terbabit.

“Mungkin ia pernah dilakukan di negara ini, tetapi secara tidak rasmi atau bersembunyi oleh sesetengah pihak, kerana kerajaan belum membenarkan konsep itu diamalkan di negara ini.

“Namun melihat kepada pendekatan ini, kita yakin ia boleh dilaksanakan kerana ada keperluan berbuat demikian. Kita harap kerajaan menimbangkan cadangan ini sebaik mungkin,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah kesukaran mendapat pembantu rumah yang dilaporkan semakin meruncing kebelakangan ini hingga memaksa kerajaan memikir serta melaksanakan pelbagai langkah bagi mengatasinya.