Saturday, 23 Aug 2014
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2011 Copy of Others Linguaphone

Pengumuman

Linguaphone PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 24 June 2011 03:57

Pada 14 may 2011 saya berminat untuk menyertai course dari syarikat berkenaan dengan bersetuju untuk membayar serial bulan. Syarikat tersebut telah menyerahkan barangan buku dan juga CD untuk saya belajar secara online setelah saya membayar Wang sebanyak Rm 299.

Tetapi setelah dibawa pulang saya dapati CD tersebut tidak boleh install disebabkan saya menggunakan laptop berjenama apple. Saya telah buat aduan ini kepada syarikat tersebut tetapi mereka menyarankan saya untuk tukar barang berkenaan dengan menggunakan perisian secara manual (Tape). Saya tidak berpuas hati tetapi mereka menjanjikan untuk mecari penyelesaian.

Selang beberapa bulan pihak mereka menhubungi saya dan mengarahkan saya untuk memulangkan barangan berkenaan sedangkan saya telah membuat bayaran pendahuluan.Sekiranya saya memulangkan barangan berkenaan bermakna saya telah rugi sebanyak RM 299 tanpa dapat apa-apa.

Tindakan NCCC: Pihak NCCC membawa kes ini ke perhatian Linguaphone dan pihak berkuasa. Akhirnya pihak Linguaphone bersetuju untukĀ  mengembalikan wang pendahuluan.

Jayasilan Kandasamy
National Consumer Complain Center