Wednesday, 20 Aug 2014
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2011 Copy of Others Complaints - Complaint about New York Skin Solution

Pengumuman

Complaints - Complaint about New York Skin Solution PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 27 March 2010 06:07

Saya melihat iklan mengenai New York Skin Solution (NYSS)di TV lalu cuba membuka laman web seperti yang dicadangkan. Mereka menjanjikan rawatan dan khidmat perundingan percuma. Tertarik dengan tawaran yang diberikan, saya dan rakan membuat temujanji dengan NYSS.Pihak NYSS menelifon kami dan menerangkan mengenai pakej percubaan tersebut dan menegaskan sekali lagi bahawa ianya percuma.


Malangnya, pada hari yang dijanjikan perunding NYSS memberitahu kami sebelum sesi rawatan bermula kami dikehendaki membuat bayaran penuh RM500 untuk sesi rawatan selanjutnya kerana menurut perunding kecantikan tersebut rawatan ulangan adalah perlu bagi kami. Kami berulang kali mengatakan bahawa kami pelajar dan tidak mampu untuk membayar sejumlah besar wang tersebut tetapi beliau seolah-olah memaksa sekurang-kurangnya kami membayar separuh daripada jumlah tersebut. Kami jadi takut kerana mereka seolah-olah tidak mahu melepaskan kami. Setelah beberapa minit berbincang, akhirnya mereka membuat satu lagi tawaran baru iaitu RM650 bagi 3 sesi+ 1 set produk kecantikan.

Sekali lagi mereka memaksa kami membayar penuh jumlah tersebut dan setelah berkali-kali menegaskan kami tidak mampu, akhirnya mereka bersetuju kami membayar RM150 setiap seorang sebagai downpayment. Hari ini 15 mac 2010 saya telah membaca banyak komen-komen pengguna lain yang tertipu dek iklan tersebut dan saya rasa sangat-sangat tertipu sekarang. Appoinment seterusnya iaitu pada 21 Mac 2010 ini saya perlu membayar baki RM500 kepada pihak NYSS. Berikutan komen-komen pelanggan tertipu yng telah saya lihat, saya amat berharap agar pihak NCCC dapat membantu saya dalam hal ini.

Bagaimana caranya untuk saya tidak mahu meneruskan rawatan kecantikan tersebut disamping mahu mengambil semula wang saya (jumlah wang yang telah dibayar adalah RM150x2=RM300 kerana saya membuat bayaran bagi pihak kawan saya juga). Saya percaya pihak NCCC pasti dapat menyelesaikan segera masalah saya kerana sebelum ini pihak NCCC pernah membantu saya menyelesaikan masalah saya dengan MAXIS Broadband. Saya amat berharap agar pihak NCC dapat membantu pelanggan-pelanggan lain yang turut berasa tertipu kerana terpedaya dengan iklan NYSS tersebut. Kami berasa bukan sahaja tertipu malah terperangkap dengan tawaran-tawran tersebut. Untuk pengetahuan Cik Vani, saya juga telah membuat E-aduan berkenaan hal ini pada pihak NCCC.

Sekian untuk makluman. Terima kasih


NCCC Status: Perkara ini sudah pun di lanjutkan untuk perhatian dan tindakan pihak berkenaan dan KPDNKK.

NCCC Nasihat: Taktik/Promosi jualan memang menjadi adat Pemasaran walaupun ianya tidak professional, namun apa yang kita ingin sampaikan kepada perhatian Pengguna adalah suatu sikap yang matang dan tegas untuk megatakan tidak apabila kita tidak mampu atau tidak perlukan perkhidmatan sesetengah pihak.

Kita sebagai pengguna mempunyai hak untuk membuat keputusan, sekiranya kita di paksa sila membuat aduan kepada NCCC dengan segera. Kami memandang mengenai isu isu ini.

Selain daripada ini, NCCC ingin sertakan Sekyen 17 dari AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999 untuk tatapan dan manfaat anda semua.

Kontrak perkhidmatan hadapan

17. (1) Bagi maksud seksyen ini, “kontrak perkhidmatan hadapan” ertinya suatu kontrak bagi perkhidmatan pengguna yang akan diadakan atas dasar berterusan dan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(2) Seseorang pengguna yang membatalkan suatu kontrak perkhidmatan hadapan boleh dikenakan amaun yang berikut oleh pembekal:

(a) Lima peratus daripada harga penuh kontrak;

(b) kos bagi apa-apa barang yang digunakan atau disimpan oleh pengguna; atau

(c) bahagian harga penuh kontrak yang merupakan perkhidmatan yang diterima oleh pengguna.

(3) Jika pengguna telah membayar kepada pembekal wang lebih daripada yang pembekal berhak mengenakan di bawah perenggan

(2) (a), (b) atau (c) pembekal hendaklah membayar balik bayaran yang lebih itu atau membolehkan bayaran balik didapati, dalam masa empat belas hari dari pembatalan.

(4) Pembatalan sesuatu kontrak perkhidmatan hadapan hendaklah mula berkuasa —

(a) pada masa yang pembatalan itu dimaklumkan kepada pembekal; atau

(b) jika pembekal tidak dapat dihubungi dengan cara yang munasabah, pada masa pengguna menunjukkan kepada pembekal dengan cara yang munasabah dalam hal keadaan itu tentang niatnya untuk membatalkan kontrak perkhidmatan hadapan itu.

(5) Tertakluk kepada subseksyen (6), pembatalan kontrak perkhidmatan hadapan boleh dimaklumkan dengan perkataan atau perlakuan atau kedua-duanya yang menunjukkan niat Pengguna untuk membatalkan kontrak itu, dan tidaklah perlu untuk menggunakan apa-apa perkataan tertentu, selagi niat untuk membatalkan kontrak itu jelas.

(6) Jika pembekal dapat dihubungi dengan cara yang munasabah, subseksyen (5) hendaklah mula berkuat kuasa tertakluk kepada apa-apa peruntukan nyata dalam kontrak perkhidmatan hadapan itu yang menghendaki notis pembatalan dibuat secara bertulis.



 

Last Updated on Saturday, 27 March 2010 06:10