Thursday, 28 Mar 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Financial Institutions JANGAN TERPEDAYA DENGAN PANGGILAN YANG MAHUKAN MAKLUMAT KAD KREDIT !!!
JANGAN TERPEDAYA DENGAN PANGGILAN YANG MAHUKAN MAKLUMAT KAD KREDIT !!! PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 13 September 2010 22:08

Pada 16 Ogos 2010 (Isnin) jam 2.30 petang, saya telah menerima panggilan dari seorang bernama Sh dan mendakwa menelefon untuk mendapatkan pengesahan berkaitan kad kredit XXXbank yang saya gunakan.

Pada mulanya beliau menyuruh saya membaca nombor kad kredit saya sehingga 3 digit terakhir. Saya menolak untuk memberi 3 digit terakhir dan memberitahu beliau nombor itu rahsia dan hanya diperlukan untuk pengesahan transaksi. Beliau pula dengan kasar menyatakan hanya nombor PIN yang diberikan oleh bank adalah rahsia dan 3 digit terakhir itu bukanlah rahsia dan hanya nombor susunan kad kredit yang dikeluarkan oleh bank.

Jadi saya pun memberikan nombor itu. Kemudian, beliau mula bercerita tentang skim insuran kemalangan peribadi yang ditawarkan kepada semua pemegang kad kredit yang melindungi dari penipuan dan kemalangan yang mana boleh dituntut apabila terjadi kemalangan, masuk hospital (RM50 sehari sehingga 7 minggu) dan kalau pergi ke klinik bolek tuntut sehingga RM 1000. Menurutnya, insuran tersebut wajib dimiliki oleh semua pemegang kad kredit dan hanya dikenakan caj RM 298 dan pemotongan akan dibuat pada bulan oktober 2010 atau boleh dibayar secara ansuran sebanyak RM 10 sebulan.

 

Antara maklumat lain yang diminta ialah pekerjaan, alamat rumah untuk penghantaran polisi dan nama suami (utk waris insurans). Saya mencurigai perkhidmatan tersebut kerana apabila beliau menyatakan hendak menyambungkan seya kepada pengurus untuk pengesahan, beliau memesan agar tidak bertanya apa-apa soalan kepada pengurus beliau dan hanya berkata setuju untuk mempercepatkan proses. Mereka juga menyatakan tiada paksaan dalam transaksi ini dan menyuruh saya bersetuju.Saya tidak mahu bersikap kurang ajar kepada mereka dan memberi kerjasama.

Sh turut memberi nombor telefon bimbit beliau 010 0000 000 kemudian di dalam 'SMS'. Selepas selesai transaksi tersebut, saya menghubungi pihak Maybank dan bertanya adakah benar semua pemegang kad kredit perlu membeli skim insuran terbabit dan pihak XXXbank menjawab tidak. Pihak XXXbank juga membantu memeriksa jika terdapat transaksi dan didapati mereka telah memotong RM298 tersebut dalam masa kurang beberapa minit selepas perbualan tamat.

Saya membuat laporan penipuan dan XXXbank terus menyekat penggunaan kad kredit tersebut. Saya seterusnya terpaksa mengutip kad yang baru di cawangan terdekat pada hari yang lain. Saya berharap pihak NCCC dapat membantu dalam memberi amaran dan mengambil tindakan kepada mereka yang menyalahgunakan maklumat pelanggan yang diberikan sesukahati kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk penipuan.

SARANAN NCCC: Sebagai pengguna anda mempunyai hak untuk maklumat dan juga hak untuk membuat pilihan. Sentiasa berfikir panjang sebelum membuat keputusan dan jangan terburu buru. Pastikan dulu dengan memnaggil sendiri kepada Bank (bukan dengan nombor yang diberi oleh pemanggil tetapi nombor dari sumber lain) Tiada sesiapa pun yang boleh memaksa anda, sesuatu kontrak/jual beli adalah tidak sah disisi undang undang – Akta Kontrak 1950 seperti yang dijelaskan dibawah;

1. Menurut Seksyen 10(1) Akta Kontrak, 1950 sesuatu perjanjian itu mestilah dibuat dengan kerelaan oleh pihak-pihak yang berkelayakan kepada kontrak, untuk pertimbangan dan objek yang sah.

2. Menurut Seksyen 16 Akta Kontrak 1950, ianya salah untuk memberikan pengaruh yang tidak berpatutan yang berlaku apabila seseorang memasuki perjanjian setelah dipengaruhi secara tidak wajar oleh pihak lain. Ini berlaku apabila pihak tersebut boleh menguasai kemahuan orang lain atau mempunyai autoriti yang membolehkan dia mengambil keuntungan daripada orang lain

3. Menurut Seksyen 17 Akta Kontrak 1950, tipuan berlaku apabila seseorang berbuat sesuatu dengan niat memperdaya dan mendorong pihak lain untuk memasuki kontrak. Empat keadaan yang membolehkan tipuan berlaku:

i.Memberikan fakta palsu
ii.Menyembunyikan fakta
iii.Membuat janji dengan niat tidak mahu menepatinya
iv.Memperdaya

Namun, sekiranya anda telah tertipu dan penipu berkenaan tidak dapat dicari maka ianya amat sukar untuk mendapat balik wang anda.

SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN HUBUNGI NCCC UNTUK MAKLUMAT LANJUT…

Ms.Matheevani Marathandan
National Consumer Complaints Centre (NCCC)

 

Last Updated on Monday, 13 September 2010 22:12