Thursday, 24 Apr 2014
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Courts Mammoth silap label produk.

Pengumuman

Courts Mammoth silap label produk. PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 12:00

KOSMO - 6 March 2006

Kuala Lumpur – Akibat silap melabel produk, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)  mengarahkan rangkaian pasar raya perabot terkemuka, Courts Mammoth Bhd. mengembalikan semula bayaran  Rm 930 kepada seorang pelanggan mereka, Ng Yee Hock, 45.
 
Selain itu, dalam kes Ng Yee Hock melawan Courts Mammoth Bhd., Presiden TTPM, Hussain Mohamad Dewa juga memutuskan supaya penghawa dingin yang dibeli pelanggan itu pada akhir tahun lalu, dipulangkan semula.Yee Hock dari Kepong sebelum itu telah membeli seunit penghawa dingin model Panasonic Split 1.5 HP dengan O2 Shower dari Courts Mammoth cawangan Setapak.

Masalah bermula apabila dia sampai di rumah alat kawalan jauh yang disediakan dalan pakej tersebut didapati hanya jenis biasa yang tidak mempunyai O2 Shower.
 
Dia terkejut apabila dimaklumkan pihak kontraktor pemasang bahawa penghawa dingin itu bukan model Panasonic Split 1.5 HP dengan O2 shower seperti yang di uar-uarkan tetapi model Panasonic Split 1.0 HP tanpa O2 Shower
 
Sementara itu, Court Mammoth yang diwakilli Pengurus cawangan Setapak, Mohd. Khairul Nidzam Mohamad Yusuff dalam pembelanjaan mengaku pihaknya melakukan kesilapan tersebut.

Namun, dia memberitahu kesilapan tersebut hanya pada label di ruang pameran, tetapi tidak pada harganya kerana RM930 yang dibayar Yee Hock adalah nilai untuk penghawa dingin model Panasonic Split 1.0 HP tanpa O2 Shower.

Jelasnya, sebaik sahaja dimaklumkan kesilapan itu oleh Yee Hock, pihaknya terus menawar penghawa dingin model Split 1.0 HP dengan O2 Shower berharga RM1,299.
 
Mohd. Khairul Nidzam mencadangkan penuntut mengambil produk tersebut dengan hanya membayar lebihan perbezaan harga daripada yang dibayar Yee Hock sebelum ini iaitu RM369.
 
Bagaimanapun, penuntut yang berasa tertipu, menolak tawaran tersebut seterusnya mengadu kepada TTPM pada 24 Januari lalu..