Tuesday, 07 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Mendapat Semula Duit Yuran
Mendapat Semula Duit Yuran PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 12:00

KOSMO - 10 MARCH 2006

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini, D. Karen, 29,bersedih tidak dapat menghabiskan pengajian sarjana kerana khursus itu telah ditamatkan dengan pertengahan sesi akedemik biarpun selepas membayar yuran sebanyak RM24,000, dia kini kembali ceria.

Ini kerana dia berjaya mendapatkan semula yurannya sebanyak RM16,000 setelah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) melalui Presiden, Datuk A. Mutalib Datuk Seri Mohd. Razak mengeluarkan award mengarah pihak pengurusan Kolej Kasturi, Jalan Tun H.S.Lee mengembalikan wang itu secaraa ansuran bermula 30 Mac selama 16 bulan kepada Karen.

Dalam kes D. Karen melawan Kolej Kasturi, penuntut telah mendaftar di kolej tersebut pada 21 Jun 2002 bagu Program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) Masstricht School Management.
 
Bagi mengikut pengaijan tersebut yang mengandungi 48 kredit atau 18 mata perlajaran, Karen telah membayar RM24,000 kepada pengurusan Kolej Kasturi melalui cek.

Bagaimanapun, baru sahaja Karen mengikuti 6 mata pelajaran, pihak kolej telah tutup program berkenan.

Sementara itu, Kolej Kasturi yang diwakili Pengarah Urusannya, M. Muttu Kumar, 51, menjelaskan, program itu dihentikan kerana Masstricht School Management telah menamatkan kontrak penawaranya pada 2003.

Program itu kemudian dipindahkan ke Kolej INTI dan serentak dengan itu, Muttu mengesyorkan Karen serta pelajar senasib dengannya menhabiskan baki kursus di situ.
 
Namun, Karen enggan berbuat demikian kerana dia perlu membayar tambahan RM800 kepada pengurusan Kolej INTI untuk setiap baki subjek yang hendak diambilnya.