Tuesday, 07 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Minta RM2,000 dapat RM500 sahaja
Minta RM2,000 dapat RM500 sahaja PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:59

KOSMO - 18 March 2006

KUALA LUMPUR – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) telah mengarahkan sebuah syarikat pengedar kereta, Nasim Sdn. Bhd. membayar Rm 500 kepada seorang ahli perniagaan yang memdakwa dipaksa membeli kereta yang telah ditempah walaupun permohonan pinjaman untuk membiayai pembelian kereta itu ditolak pihak bank.

Jumlah itu bagaimanapun kurang berbanding RM2,000 yang telah dibayar ahli perniagaan itu sebagai tempahan membeli kereta jenis Peugeot 307 SW bernilai RM134,566.           

Dalam kes tersebut, Norazaman Idris, 46, telah menempah kereta tersebut daripada syarikat tersebut pada 8 September, 2004 lepas tetapi malangnya permohonannya untuk mendapatkan penbiayaan telah ditolak pihak bank. 

Bagaimanapun, Norazaman dari Wangsa Maju mendakwa dipaksa agar tetap membeli kereta tersebut tetapi beliau enggan kerana tidak mampu ekoran permohonan pinjamannya telah ditolak.            

Beliau telah menuntut semula wang tempahan yang telah dibuat tetapi syarikat tersebut enggan memulangkannya.            

Ekoran itu, beliau telah membuat laporan kepada TTPM pada 21 Disember lepas untuk membela nasinya yang dikatakan menjadi mangsa keadaan. Nasim Sdn. Bhd, dalan pembelaannya mendakwa pihak pihak penuntut hanya memaklumkan kepada syarikat tentang masalahnya setalah hampir setahun berlalu iaitu pada 18 oktober lepas. 

Sehubungan itu, TTPM melalui Presidenaym Suppiah Muthusamy telah mengeluarkan award mengarah Nasim Sdn, Bhd. Membayar RM500 kepada penuntut bagi menyelesaikan masalah itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan.