Tuesday, 07 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Rumah Kosong Dapat bil air RM 1,000
Rumah Kosong Dapat bil air RM 1,000 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:58

KOSMO - 17 March 2006
KUALA LUMPUR – Sikap tidak menghiraukan rumah yang dibeli pada Jun 2002 di Batu Caves, Selangor kini menyusahkan pemiliknya Ng Kok Leong, 46, apabila rumah itu menerima bill air baki tertunggak mencecah, RM 1000.

Kok Leong tidak berpuas hati dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengemukakan tuntutannya pada 9 Februari lalu di Tribunal  Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dengan mendakwa syarikat itu telah tersilap.

Alasannya Syabas menghantar bil air dari Jun 2002 hingga Januari 2003 yang ketika itu rumah tersebut tidak berpenghuni, Dia terkejut dengan jumlah bill tertunggak sebanyak RM930.87 enggan membuat bayaran.

Dalam kes Kok Leong melawan Syabas Wilayah Gombak/Hulu Klang, penentang (Syabas) memaklumkan bahawa Kok Leong cuai dan lambat membuat aduan pada tarikh bil-bil tersebut pada Syabas.

Dia juga dikatakan tidak memaklumkan bahawa rumah itu kosong. Aduan hanya dilakukan Kok Leong setelah tiga tahun masalah itu berlarutan iaitu pada 7 Februri 2005 dan Syabas menjalankan siasatan pada 8 Februari 2005.

Syarikat itu juga mendapati hanya bill pada 1 Februari 2005 berjumlah RM81.15 berlaku kesilapan kerana jumlah sebenar adalah RM72.60.

Namun, setelah TTPM menyiasat Syabas turut tersilap dalam pengiraan bil yang tepat berjumlah RM1148 dan bukan RM930.87 seperti yang didakwa oleh Kok Leong.

Syabas diwakili oleh Eksekutif Perundangannya Hazlinda Hanafi memberitahu mahkamah, bil air itu disebabkan terdapat kerosakan atau kebocoran paip.

Namun, dalam keterangan pembelanjaan, menjelaskan bahawa dalam Syeksen 42 EPA menjadi tangungjawab pengguna untul memastikan sistem paip berkeadaan sempurna.

Presiden TTPM, Datuk Abu Bakar Awang membuat penghakiman mengarahkan Kok Leong membayar RM500 kepada Syabas dalam tempoh RM500 kepada Syabas dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan.

Jesteru, Syabas dihendaki mengeluarkan Nota Kredit ke dalam akaun Kok Leong sebanyak RM 598.54.