Tuesday, 07 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Padah Tidak Pulang Deposit Pelangan
Padah Tidak Pulang Deposit Pelangan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:58

KOSMO - 1 APRIL 2006

KUALA LUMPUR – Sikap sambil lewa sebuah agensi pelancongan, Andalas Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak memgembalikan wang deposit walaupun telah membatalkan pakej pelancongan telah menerima padah daripada Tribunal Tuntutan Penguna Malaysia yang mendengar kes tersebut kelmarin.
 
Dalam kes Yap Wei Min melawan Andalas Travel & Tours Sdn. Bhd., Presiden TTPM, Leong May Chan mengeluarkan award supaya agensi itu memgembalikan semula wang deposit RM2,000 besama ganti rugi kos lain-lain RM25 kepada Wei Lin, 26 serta tiga rakannya.

Pada 18 September lepas, Yap Wei Min bersama tiga rakannya itu telah membayar wang deposit RM2,000 daripada keseluruhan harga pakej berjumlah RM7,720 kepada Andalas Travel & Tours Sdn. Bhd yang terletak di Plaza Berjaya, Jalan Imbi untuk pakej ke Shanghai, China yang dijadualkan pada 7 Januari yang lalu.

Bagaimanapun, dua minggu sebelum mereka berlepas the Shanghai, syarikat tersebut telah membatalkan pakej itu atas alasan tidak mendapat sambutan.

Walaupun Wei Lin bersama rakan-rakanya telah menandatangani borang pembatalan pakej pada 24 Disember tahun lalu, agensi tersebut masih belum memulangkan wang deposit mereka.

Ini mendorong Wei Lin dari Taman Kok Lian , Jalan Ipoh memfailkan tuntutanya daripada RM25,000 kepada RM50,000.