Tuesday, 07 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Pampasan kerana Badan Tidak Kurus
Pampasan kerana Badan Tidak Kurus PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:57

Kosmo - 8 August 2006

Ipoh – Walaupun berat badan Loh Yue Sam, 28, cuma terlebih satu kilogram daripada berat badan unggulnya dalam linkgkungan 50 hingga 55 kilogram, dia masih tidak berpuas hati.  Untuk itu, dia pergi mendapatkan rawatan melangsingkan badan di Mayfair Bodyline Sdn. Bhd. di Jalan Sultan Shah Alam Utama, di sini dengan membayar RM11,705.     

Bagaimanapun, setelah melalui 25 kali rawatan sejak 2005, Yue Sam merasakan bentuk badannya tidak banyak berubah. Dia yang tidak berpuas hati telah mengadu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)Dalam fakta pendakwaan, Yue Sam mendakwa telah berhenti melakukan rawatan merampingkan badan pada 20 Ogos 2005.          

Dia juga memberitahu Presiden TTPM, M Suppiah bahawa pada masa itu, dia masih belum menerima rawatan nyah selulit, ramping, dan memejalkan tubuh badan yang bernilai RM5,170.48 daripada keseluruhan bayaran RM11,705. 

Jurucakap Mayfair Bodyline dalam fakta pembelaan pula menafikan rawatan melangsingkan tubuh Yue Sam gagal. Malah katanya, perut Yue Sam telah kecil tujuh sentimeter dan paha menurun enam sentimeter selepas 25 kali menjalani sesi rawatan.          

Namun mengenangkan penuntut tidak menjalani rawatan sehingga tamat sesi yang sepatutnya, Suppiah mengarahkan Mayfair Bodyline memulangkan RM4800 kepada Yue San dalam tempoh 14 hari.