Tuesday, 07 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Menang Kes Pendingin Hawa
Menang Kes Pendingin Hawa PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:56

Kosmo - 7 August 2006

KUALA LUMPUR – Akibat percayakan kad perniagaan syarikat membaiki alat pendingin hawa yang dihantar ke rumahnya seorang suri rumah, Jaharah Mohamad, 43 terpaksa’menderita’ sebelum menang dalam tuntutanya.

Dia memfailkan kes di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana tidak puas hati terhadap syarikat AC Best Electrical Engineering dari Taman Subang Mewah, Subang Jaya.

Pada 10 Jun lalu, berpandukan alamat pada kad perniagaan tersebut, Jaharah ke pejabat syarikat itu meminta mereka membaiki penghawa dingin yang rosak.

Syarikat itu menghantar pekerja yang kemudian membaiki kerosakan tersebut dengan bayaran RM400 dan jaminan setahun.Tiga bulan selepas dibaiki, Jaharah berang apabila alat itu rosak semula lalu dia terus menghubungi syarikat yang sama tetapi meraka didakwa tidak menghantar pekerja.            Dalam pembelaan pihak penentang, syarikat itu membidas Jaharah yang disifatkan tidak layak membuat tuntutan kerana tempoh jaminan telah berakhir.          

Presiden TTPM, Jailani Abdul Rahman yang mendengar hujah kedua-dua pihak mengarah penentang supaya membaiki kerosakan dalam masa tiga daripada tarikh keputusan dibuat dan melanjutkan tempoh jaminan selama setahun.