Tuesday, 07 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Kecederaan bukan kuasa tribunal
Kecederaan bukan kuasa tribunal PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:55

Kosmo - 23 February 2006

KUALA LUMPUR – Tuntutan ganti rugi seorang pesara di Tribunal Penguna Malaysia (TTPM) ekoran kecederaan yang dialami anaknya semasa bermain merry-go-round ditolak kerana ia di luar bidang kuasa tribunal.

Presiden TTPM, M. Suppiah dalam kes Teow Ching Lee melawan Berjaya Group Bhd., membatalkan tuntutan tersebut kerana TTPM tidak mempunyai bidang kuasa untuk memdengar apa-apa tuntutan yang melibatkan kecederaan atau kematian.

Presiden TTPM, M. Suppiah dalam kes Teow Ching Lee melawan Berjaya Group Bhd., membatalkan tuntutan tersebut kerana TTPM tidak mempunyai bidang kuasa untuk memdengar apa-apa tuntutan yang melibatkan kecederaan atau kematian.

Teow Chin Lee, 55, berasal dari Subang Jaya menuntut gantirugi RM6,000 termasuk bil hopital RM5000, daripada Berjaya Group Bhd., setelah anaknya, Christopher Lim, 14, tercedera semasa bermain merry-go-round di CosmosWorld Theme Park, Berjaya Times Square
 
Dalam tuntutanya, Chin Lee memdakwa anaknya bersama-sama rakan-rakanya telah menaiki permainan itu di pusat membeli-belah tersebut kira-kira pukul 8 malam, Jun lalu.

Ketika hendak turun, Lim tercedera jari tangannya setelah diberi rawatan kecemasan oleh pegawai pertolongan cemas taman tema tersebut dia terus dikejarkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) untuk rawatan lanjut

Pakar perubatan mengesahkan Lim memgalami kecederaan parah serta menahannya selama dua hari untuk menjalani pembedahan kecil. Chin Lee dalam pengaduannya memdakwa reka bentuk bumbung merry-go-round itu menyumbang kepada kecederaan jari anaknya itu.

Bagaimanapun, Berjaya Times Square yang diwakili Pengurus Undang-Undang, Kathleen Leong Ka-Leen, 35, dalam pembelaan  memohon President TTPM mengetepikan tuntutan itu kerana ia di luar bidang kusa tribunal berkenaan. Setelah merujuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 permohonan Berjaya Group diterima Suppiah.