Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Lau Motor terpaksa bayar kereta hangus
Lau Motor terpaksa bayar kereta hangus PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:54

Kosmo - 4 April 2006

KUALA LUMPUR – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib Lau Motor Enterprise apabila bengkelnya musnah dalam satu kebakaran yang ‘melenyapkan’ segala peralatan serta kereta perlanggan yang sedang dibaiki.

Ekoran kejadian itu, seorang pelanggan mereka, Md. Nozirin Hamzah, 45, telah membuat tuntutan terhadap kereta Mercedes Benz 230E yang terbakar dalam premis syarikat tersebut pada 20 April 2003.

 Pada waktu itu, Md. Nozirin melawan Lay Motor Enterprise, syarikat itu memaklumkan bahawa mereka telah mengalami kerugian yang mencecah ratusan ribu ringgit.Bagaimanapun, pembelaanya itu tetap gagal mempengaruhi Tribunal Tuntutan Penguna Malaysia (TTPM) untul mengenakan award kepadanya.Tribunal juga turut menolak pembelaan pemilik syarikat itu, Yap Liew, 50, yang mendakwa bahawa bangkel yang diusahakan belasan tahun lalu mungkin disabotaj kerana ia didirikan atas tanah haram.Bagaimanapun, TTPM melalui Presiden, Hussain Mohamed Dewa menjelaskan ia bukan bidang kuasa mereka. 

Tribunal juga beranggapan bahawa tuntutan Nozirin sebanyak RM25,000 iaitu nilai kereta sebelum kebakaran adalah munasabah. Justeru, Hussain mengarah Lau Enterprise membayar kepada pihak yang menuntut sebanyak RM25,000 dari tarikh award dikeluarkan.